Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

19-25 Februari

MAZMUR 8-10

19-25 Februari

Lagu 2 dan Doa | Kata-Kata Pembuka (1 min.)

HARTA KARUN DALAM FIRMAN TUHAN

1. “Ya Yehuwa, Aku Akan Memuji-Mu”!

(10 min.)

Yehuwa sangat baik hati terhadap kita (Mz 8:​3-6; w21.08 3 ¶6)

Kita memuji Yehuwa dengan memberitahu orang lain tentang perbuatan-Nya yang menakjubkan (Mz 9:1; w20.05 23 ¶10)

Kita juga memuji-Nya semasa kita menyanyikan lagu rohani dengan sepenuh hati (Mz 9:2; w22.04 7 ¶13)

TANYALAH DIRI, “Apakah cara lain saya dapat memuji Yehuwa?”

2. Permata Rohani

(10 min.)

  • Mz 8:3—Apakah yang dipelajari oleh Daud setelah merenungkan ciptaan Tuhan? (w23.03 19 ¶14)

  • Berdasarkan pembacaan Bible minggu ini, apakah permata rohani yang ingin anda kongsi?

3. Pembacaan Bible

JADILAH PENGINJIL YANG LEBIH MAHIR

4. Mulakan Perbualan

(3 min.) RUMAH KE RUMAH. Penghuni rumah beritahu anda bahawa dia tidak percaya kepada Tuhan. (lmd pelajaran 5 poin 4)

5. Buat Kunjungan

(4 min.) KESAKSIAN TIDAK FORMAL. Dalam perbualan sebelumnya, dia beritahu anda bahawa dia tidak percaya kepada Tuhan. Tetapi dia sudi melihat bukti yang menyokong kewujudan Tuhan. (th pelajaran 7)

6. Ceramah

(5 min.) w21.06 6-7 ¶15-18—Tema: Bantu Pelajar Bible Anda untuk Memuji Yehuwa. (th pelajaran 10)

KEHIDUPAN KRISTIAN KITA

Lagu 10

7. Menginjil Secara Tidak Formal dengan Lebih Mahir

(10 min.) Perbincangan.

Salah satu cara kita dapat memberikan pujian kepada Yehuwa adalah dengan menginjil secara tidak formal. Kita boleh bercakap dengan orang yang kita jumpa semasa melakukan aktiviti harian. (Mz 35:28) Pada mulanya, kita mungkin rasa gementar. Tapi, dengan mengasah kemahiran untuk memulakan dan meneruskan perbualan secara santai, kita akan menjadi lebih mahir dan menikmatinya!

Mainkan VIDEO Bersedia untuk Berkongsi “Berita Baik tentang Kedamaian”—Mengambil Inisiatif. Kemudian tanya hadirin:

Daripada video ini, apakah pengajaran yang dapat bantu anda menginjil secara tidak formal dengan lebih mahir?

Tip-tip yang dapat membantu anda:

  •   Carilah peluang untuk mengongsi berita baik setiap kali anda keluar. Berdoalah dan minta Yehuwa memimpin anda kepada orang yang berhati jujur

  •   Tunjukkan keramahan dan keprihatinan kepada orang yang anda jumpa. Kenal pasti hal-hal yang mungkin diminati orang itu supaya anda tahu topik Bible yang sesuai dikongsi

  •   Jika sesuai, cuba cari peluang untuk bertukar maklumat perhubungan

  •   Jangan tawar hati jika perbualan tamat sebelum anda dapat berkongsi mesej Bible

  •   Selepas perbualan tamat, fikirkanlah tentang orang itu. Terus menunjukkan anda mengambil berat terhadapnya dengan menghantar pautan ayat Bible atau rencana di jw.org

Cubalah: Jika seseorang tanya anda, “Hujung minggu lalu, kamu buat apa?,” beritahulah dia apa yang anda belajar di perjumpaan atau kerja sukarela anda sebagai guru Bible.

8. Keperluan Tempatan

(5 min.)

9. Pembelajaran Bible Sidang

Kata-Kata Penutup (3 min.) | Lagu 65 dan Doa