Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

22-28 Januari

AYUB 38-39

22-28 Januari

Lagu 11 dan Doa | Kata-Kata Pembuka (1 min.)

HARTA KARUN DALAM FIRMAN TUHAN

1. Adakah Anda Meluangkan Masa untuk Mengamati Ciptaan?

(10 min.)

Selepas melakukan kerja penciptaan, Yehuwa meluangkan masa untuk memeriksa hasil ciptaan-Nya (Kej 1:​10, 12; Ayb 38:​5, 6; w21.08 9 ¶7)

Para malaikat mengambil masa untuk memerhatikan ciptaan Yehuwa (Ayb 38:7; w20.08 14 ¶2)

Apabila kita meluangkan masa untuk meneliti ciptaan Yehuwa, keyakinan kita terhadap-Nya akan bertambah kuat (Ayb 38:​32-35; w23.03 17 ¶8)

2. Permata Rohani

(10 min.)

  • Ayb 38:​8-10—Daripada ayat ini, apakah yang kita belajar tentang Yehuwa sebagai Pemberi Hukum? (it-2 344)

  • Berdasarkan pembacaan Bible minggu ini, apakah permata rohani yang ingin anda kongsi?

3. Pembacaan Bible

JADILAH PENGINJIL YANG LEBIH MAHIR

4. Mulakan Perbualan

(2 min.) KESAKSIAN TIDAK FORMAL. Akhiri perbualan dengan sopan apabila anda sedar dia tidak sudi meneruskan perbualan. (lmd pelajaran 2 poin 3)

5. Buat Kunjungan

(5 min.) RUMAH KE RUMAH. Dalam perbualan sebelumnya, dia memberitahu anda bahawa seseorang yang dia kasihi baru meninggal. (lmd pelajaran 9 poin 3)

6. Ceramah

(5 min.) lmd lampiran A poin 1—Tema: Peristiwa yang Berlaku dan Sikap Manusia Menunjukkan bahawa Perubahan Akan Berlaku Tidak Lama Lagi. (th pelajaran 16)

KEHIDUPAN KRISTIAN KITA

Lagu 111

7. Bagaimana Ciptaan Membantu Kita Memupuk Pandangan yang Betul

(15 min.) Perbincangan.

Semasa Ayub diserang oleh Syaitan dan tiga sahabat palsunya, dia terlalu bertumpu kepada masalahnya dan kata-kata celaan yang dilontarkan terhadapnya.

Baca Ayub 37:14. Kemudian tanya hadirin:

Apakah yang Ayub harus lakukan untuk membetulkan pandangannya?

Apabila kita dibanjiri banyak cabaran, luangkanlah masa untuk memerhatikan ciptaan Yehuwa. Hal ini dapat mengingatkan kita tentang kuasa-Nya, menguatkan tekad kita untuk tetap setia kepada-Nya, dan membina keyakinan kita terhadap kemampuan-Nya untuk menjaga kita.—Mt 6:26.

Mainkan VIDEO Pelajari Kesetiaan daripada Buku Ayub—Iktibar daripada Alam Binatang. Kemudian tanya hadirin:

Bagaimanakah video ini menguatkan iman anda terhadap Yehuwa?

8. Pembelajaran Bible Sidang

(30 min.) bt bab 4 ¶13-20

Kata-Kata Penutup (3 min.) | Lagu 54 dan Doa