Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

26 Februari–3 Mac

MAZMUR 11-15

26 Februari–3 Mac

Lagu 139 dan Doa | Kata-Kata Pembuka (1 min.)

HARTA KARUN DALAM FIRMAN TUHAN

1. Bayangkan Diri di Dunia Baharu Tuhan yang Aman Damai

(10 min.)

Salah satu faktor yang menyumbang kepada keganasan ialah sikap orang yang tidak menghormati dan mematuhi undang-undang (Mz 11:​2, 3; w06 15/5 18 ¶3)

Kita percaya bahawa Yehuwa akan melenyapkan keganasan tidak lama lagi (Mz 11:5; wp16.3 11)

Kita dapat menunggu dengan sabar apabila kita merenungkan janji Yehuwa untuk menyelamatkan kita (Mz 13:​5, 6; w17.08 6 ¶15)

CUBALAH: Baca Yehezkiel 34:​25, dan bayangkan kehidupan anda dalam suasana yang aman damai.—kr 267 ¶16.

2. Permata Rohani:

(10 min.)

  • Mz 14:1—Bagaimanakah cara pemikiran yang disebut dalam ayat ini dapat membahayakan kerohanian kita? (w13 15/9 19 ¶12)

  • Berdasarkan pembacaan Bible minggu ini, apakah permata rohani yang ingin anda kongsi?

3. Pembacaan Bible

JADILAH PENGINJIL YANG LEBIH MAHIR

4. Mulakan Perbualan

(2 min.) KESAKSIAN TIDAK FORMAL. Jemput dia ke Peringatan. (lmd pelajaran 5 poin 3)

5. Mulakan Perbualan

(1 min.) RUMAH KE RUMAH. Jemput dia ke Peringatan. (lmd pelajaran 3 poin 4)

6. Mulakan Perbualan

(3 min.) RUMAH KE RUMAH. Penghuni rumah berminat terhadap jemputan Peringatan. (lmd pelajaran 7 poin 4)

7. Jadikan Murid

(5 min.) lff pelajaran 13 ringkasan, ulang kaji, dan matlamat. Guna satu rencana dalam bahagian “Jom Belajar” untuk bantu pelajar anda memahami perasaan Tuhan terhadap agama palsu. (th pelajaran 12)

KEHIDUPAN KRISTIAN KITA

Lagu 8

8. “Kebijaksanaan Lebih Baik daripada Senjata-Senjata Perang”

(10 min.) Perbincangan.

Keganasan semakin berleluasa di seluruh dunia. Yehuwa tahu situasi sebegitu pasti menyebabkan kita rasa tertekan dan ingin melindungi diri. Salah satu cara Yehuwa melindungi kita adalah melalui Firman-Nya.—Mz 12:​5-7.

Nasihat bijaksana daripada Bible jauh “lebih baik daripada senjata-senjata perang.” (Pkh 9:18) Lihatlah bagaimana prinsip Bible berikut dapat melindungi kita daripada menjadi mangsa keganasan.

  • Pkh 4:​9, 10—Elakkan daripada berada di tempat atau situasi yang berbahaya seorang diri

  • Ams 22:3—Sentiasa peka terhadap persekitaran anda semasa berada di tempat awam

  • Ams 26:17—Jangan melibatkan diri dalam pergaduhan orang lain

  • Ams 17:14—Jika seseorang nampaknya akan bertindak ganas, tinggalkan tempat itu. Jika ada gerakan protes, jauhilah kawasan itu

  • Lu 12:15—Jangan gadaikan nyawa anda demi melindungi harta benda

Mainkan VIDEO Tirulah Mereka yang Beriman, Bukannya Mereka yang Tidak Beriman—Henokh, Bukannya Lamekh. Kemudian tanya hadirin:

Bagaimanakah teladan Henokh mempengaruhi keputusan dan tindakan bapa dalam video itu?—Ibr 11:5

Dalam sesetengah situasi, seorang Kristian mungkin mengambil langkah untuk melindungi diri atau hartanya. Jika dia memilih untuk berbuat demikian, dia akan melakukan apa yang terdaya supaya tiada orang yang terbunuh. Dengan itu, dia akan elak daripada berhutang darah.—Mz 51:14; lihat “Pertanyaan Pembaca” dalam Menara Pengawal terbitan Julai 2017.

9. Kempen Peringatan Bermula pada Hari Sabtu, 2 Mac

(5 min.) Ceramah oleh penatua. Nyatakan aturan sidang untuk kempen ini, ceramah istimewa, dan sambutan Peringatan. Ingatkan penyiar bahawa pada bulan Mac dan April, mereka yang ingin menjadi perintis sokongan boleh memilih untuk memenuhi kuota masa 15 jam sebulan.

10. Pembelajaran Bible Sidang

(30 min.) bt bab 6 ¶9-17

Kata-Kata Penutup (3 min.) | Lagu 40 dan Doa