Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

20-26 Januari

MAZMUR 138-139

20-26 Januari

Lagu 93 dan Doa | Kata-Kata Pembuka (1 min.)

HARTA KARUN DALAM FIRMAN TUHAN

1. Jangan Biarkan Rasa Takut Menghalang Anda!

(10 min.)

Kita mahu memuji Yehuwa dengan segenap hati (Mz 138:1)

Apabila anda rasa takut untuk memberikan komen dalam perjumpaan, mintalah bantuan Yehuwa (Mz 138:3)

Rasa takut sebegini merupakan tanda yang positif (Mz 138:6; w19.01 10 ¶10)

TIP: Berikan komen yang ringkas untuk kurangkan rasa gementar.​—w23.04 21 ¶7.

2. Permata Rohani

(10 min.)

  • Mz 139:​21, 22​—Adakah orang Kristian wajib mengampuni semua orang? (it-1-E 862 ¶4)

  • Berdasarkan pembacaan Bible minggu ini, apakah permata rohani yang ingin anda kongsi?

3. Pembacaan Bible

JADILAH PENGINJIL YANG LEBIH MAHIR

4. Mulakan Perbualan

(3 min.) KESAKSIAN DI TEMPAT AWAM. (lmd pelajaran 2 poin 3)

5. Jadikan Murid

(4 min.) KESAKSIAN DI TEMPAT AWAM. Tawarkan pembelajaran Bible dan tunjukkan cara pembelajaran diadakan. (lmd pelajaran 10 poin 3)

6. Ceramah

(5 min.) ijwyp rencana 105​—Tema: Bagaimanakah Saya Dapat Menangani Perasaan Malu? (th pelajaran 16)

KEHIDUPAN KRISTIAN KITA

Lagu 59

7. Anda Dapat Menikmati Khidmat kepada Yehuwa walaupun Anda Seorang Pemalu

(15 min.) Perbincangan.

Adakah anda rasa anda seorang yang pemalu? Adakah anda tidak mahu menonjolkan diri atau menarik perhatian orang? Adakah jantung anda berdegup kencang apabila perlu bercakap dengan orang lain? Ada kalanya, perasaan malu dapat menghalang kita membuat perkara yang kita ingin lakukan. Tetapi, ramai orang yang bersikap pemalu masih dapat menyertai kerja penyebaran dan menikmatinya. Apakah yang dapat anda belajar daripada pengalaman mereka?

Mainkan VIDEO Sembah Yehuwa dengan Sepenuhnya meskipun Pemalu. Kemudian tanya hadirin:

  • Apakah manfaat yang Saudari Laura terima setelah menerapkan nasihat neneknya untuk “mengutamakan Yehuwa”?

Daripada kisah Bible, kita dapat simpulkan bahawa Musa, Yeremia, dan Timotius mungkin bergelut dengan sikap mereka yang pemalu. (Kel 3:11; 4:10; Yer 1:​6-8; 1Ti 4:12) Namun, mereka masih dapat melakukan banyak perkara yang menakjubkan untuk Yehuwa kerana Dia menyertai mereka.​—Kel 4:12; Yer 20:11; 2Ti 1:​6-8.

Baca Yesaya 43:​1, 2. Kemudian tanya hadirin:

  • Apakah yang Yehuwa janji kepada para penyembah-Nya?

Bagaimanakah Yehuwa membantu mereka yang pemalu untuk menikmati khidmat-Nya?

Mainkan VIDEO Bagaimana Pembaptisan Anda Membawa Lebih Banyak Sukacita​—Sedutan. Kemudian tanya hadirin:

  • Bagaimanakah Saudari Jackson merasai sokongan dan kekuatan daripada Yehuwa dalam kerja penyebaran?

  • Bagaimanakah kerja penyebaran dapat membantu seorang yang pemalu?

8. Pembelajaran Bible Sidang

Kata-Kata Penutup (3 min.) | Lagu 151 dan Doa