Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

24 Februari–2 Mac

AMSAL 2

24 Februari–2 Mac

Lagu 35 dan Doa | Kata-Kata Pembuka (1 min.)

HARTA KARUN DALAM FIRMAN TUHAN

1. Lakukanlah Pembelajaran Peribadi dengan Bersungguh-Sungguh!

(10 min.)

Dengan itu, kita menunjukkan kita menghargai kebenaran (Ams 2:​3, 4; w22.08 19 ¶16)

Kita juga dapat membuat keputusan yang baik (Ams 2:​5-7; w22.10 19 ¶3-4)

Kita dapat menguatkan iman kita (Ams 2:​11, 12; w16.09 23 ¶2-3)

TANYALAH DIRI, “Bagaimanakah saya dapat memperbaiki rutin dan mutu pembelajaran peribadi saya?”

2. Permata Rohani

(10 min.)

  • Ams 2:​1-5​—Mengapakah anda perlu terus belajar tentang Yehuwa? (bhs 199 ¶10)

  • Berdasarkan pembacaan Bible minggu ini, apakah permata rohani yang ingin anda kongsi?

3. Pembacaan Bible

JADILAH PENGINJIL YANG LEBIH MAHIR

4. Mulakan Perbualan

(4 min.) RUMAH KE RUMAH. Tunjuk dia cara untuk mencari maklumat yang berguna untuk pasangan suami isteri di jw.org. (lmd pelajaran 1 poin 3)

5. Buat Kunjungan

(3 min.) KESAKSIAN TIDAK FORMAL. Dalam perbualan sebelumnya, dia pernah menunjukkan minat terhadap suatu topik. Beri dia majalah yang berkaitan dengan topik itu. (lmd pelajaran 9 poin 3)

6. Ceramah

(5 min.) lmd lampiran A poin 8​—Tema: Suami dan Isteri Patut Setia terhadap Satu Sama Lain. (th pelajaran 13)

KEHIDUPAN KRISTIAN KITA

Lagu 96

7. Adakah Anda Suka Cari Harta Karun?

(15 min.) Perbincangan.

Kaum muda, kalau anda tahu ada harta karun yang tersembunyi, adakah anda ingin mencarinya? Jika ya, Bible menggesa anda untuk mencari harta yang paling bernilai, iaitu pengetahuan tentang Tuhan. (Ams 2:​4, 5) Dengan meluangkan masa untuk membaca Bible secara tetap dan membuat penyelidikan, anda dapat menjumpai harta itu. Anda bukan sahaja akan menikmatinya, malah meraih banyak manfaat daripadanya!

  • Apakah soalan-soalan yang boleh anda tanya semasa membaca Bible? (w24.02 32 ¶2-3)

  • Apakah alat-alat yang dapat anda gunakan untuk mencari jawapannya?

Siri video Belajarlah daripada Sahabat Yehuwa dapat bantu anda belajar cara untuk merenungkan apa yang anda baca dalam Bible.

Mainkan VIDEO Belajarlah daripada Sahabat Yehuwa​—Habel.

Baca Kejadian 4:​2-4 dan Ibrani 11:4. Kemudian tanya hadirin:

  • Bagaimanakah Habel tunjuk bahawa dia sahabat Yehuwa?

  • Bagaimanakah Habel membina iman terhadap Yehuwa?

  • Bagaimanakah anda dapat membina iman anda?

8. Pembelajaran Bible Sidang

Kata-Kata Penutup (3 min.) | Lagu 102 dan Doa