Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

6-12 Januari

MAZMUR 127-134

6-12 Januari

Lagu 134 dan Doa | Kata-Kata Pembuka (1 min.)

HARTA KARUN DALAM FIRMAN TUHAN

1. Ibu Bapa​—Teruslah Menjaga Warisan Anda yang Berharga

(10 min.)

Ibu bapa boleh yakin bahawa Yehuwa akan menjaga keperluan keluarga mereka (Mz 127:​1, 2)

Anak-anak ialah kurniaan yang istimewa daripada Yehuwa (Mz 127:3; w21.08 5 ¶9)

Didik anak mengikut keperluan masing-masing (Mz 127:4; w19.12 26 ¶20)

Yehuwa sangat gembira apabila ibu bapa bergantung pada-Nya dan melakukan yang terbaik untuk menjaga anak-anak

2. Permata Rohani

(10 min.)

  • Mz 128:3​—Mengapakah pemazmur membandingkan anak-anak dengan tunas-tunas pokok zaitun? (it-1-E 543)

  • Berdasarkan pembacaan Bible minggu ini, apakah permata rohani yang ingin anda kongsi?

3. Pembacaan Bible

JADILAH PENGINJIL YANG LEBIH MAHIR

4. Mulakan Perbualan

(3 min.) KESAKSIAN TIDAK FORMAL. (lmd pelajaran 1 poin 3)

5. Mulakan Perbualan

(4 min.) KESAKSIAN TIDAK FORMAL. Dia beritahu anda suatu kepercayaan yang bercanggah dengan ajaran Bible. (lmd pelajaran 5 poin 4)

6. Jadikan Murid

(5 min.) lff pelajaran 16 poin 4-5. Bincangkan aturan untuk mengadakan pembelajaran Bible kerana anda tidak dapat adakan pembelajaran pada hari yang ditetapkan. (lmd pelajaran 10 poin 4)

KEHIDUPAN KRISTIAN KITA

Lagu 13

7. Ibu Bapa​—Jadilah Teladan Baik bagi Anak-Anak Anda

(15 min.) Perbincangan.

Organisasi Yehuwa telah menghasilkan banyak bahan untuk bantu ibu bapa ajar anak mereka tentang Yehuwa. Tetapi, salah satu cara yang paling baik adalah melalui teladan ibu bapa.​—Ul 6:​5-9.

Yesus Kristus juga mengajar murid-muridnya melalui teladannya.

Baca Yohanes 13:​13-15. Kemudian tanya hadirin:

  • Daripada contoh Yesus, mengapakah mengajar melalui teladan sangat efektif?

Apabila ibu bapa menerapkan apa yang mereka ajar, teladan mereka dapat menunjukkan bahawa ajaran tersebut memang bermanfaat. Teladan baik mereka juga dapat mendorong anak-anak untuk mendengar dan mematuhi mereka.

Mainkan VIDEO Mengajar Anak melalui Teladan. Kemudian tanya hadirin:

  • Apakah pengajaran penting yang Saudara dan Saudari Garcia ajar kepada anak-anak perempuan mereka?

  • Bagaimanakah video ini mendorong anda untuk terus menunjukkan teladan yang baik kepada anak-anak anda?

8. Pembelajaran Bible Sidang

(30 min.) bt bab 20 ¶13-20

Kata-Kata Penutup (3 min.) | Lagu 73 dan Doa