Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

HARTA KARUN DALAM FIRMAN TUHAN | LUKAS 10-11

Lelaki Samaria yang Baik Hati

Lelaki Samaria yang Baik Hati

10:25-37

Yesus menyampaikan cerita ibarat tentang lelaki Samaria semasa menjawab soalan ini: “Siapakah yang harus aku kasihi?” (Lu 10:25-29) Yesus tahu bahawa sidang Kristian akan terdiri daripada “segala macam orang,” termasuk orang Samaria dan orang bukan Yahudi. (Yoh 12:32) Kisah ini juga mengajar pengikut Yesus untuk berusaha menunjukkan kasih kepada orang daripada latar belakang yang berbeza.

TANYALAH DIRI:

  • “Apakah pandangan saya terhadap saudara saudari yang mempunyai budaya yang berbeza?”

  • “Adakah saya sering meluangkan masa dengan mereka yang mempunyai minat yang sama dengan saya?”

  • “Dapatkah saya membuka hati saya untuk lebih mengenali rakan seiman yang mempunyai latar belakang yang berbeza?” (2Ko 6:13)

Siapakah yang dapat saya jemput untuk . . .

  •  menginjil bersama saya?

  •  makan di rumah saya?

  •  menyertai keluarga saya semasa Penyembahan Keluarga yang seterusnya?