Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

JADILAH PENGINJIL YANG LEBIH MAHIR | TINGKATKAN SUKACITA DALAM AKTIVITI PENYEBARAN

Mencapai Hati

Mencapai Hati

Kita harus mentaati Tuhan dari hati. (Ams 3:1) Oleh itu, semasa mengajar, kita harus berusaha mencapai hati pendengar kita. Bagaimana?

Janganlah sekadar menyampaikan ajaran Bible, tetapi bantulah pelajar anda untuk mengaitkan ajaran itu dengan kehidupannya dan hubungannya dengan Yehuwa. Bantulah dia memahami bahawa piawaian Bible mencerminkan kasih, kebaikan, dan apa yang benar di mata Tuhan. Gunakan soalan dengan bijak supaya dapat mengetahui isi hatinya tentang apa yang sedang dipelajari. Bantulah dia menyedari manfaatnya jika dia membetulkan pandangannya atau membuang tabiat yang salah. Apabila pelajar anda mengasihi Yehuwa dengan sepenuh hati, sukacita anda akan ditingkatkan.

SILA LIHAT VIDEO RAIHLAH SUKACITA DALAM KERJA MENJADIKAN ORANG MURID YESUS​—TINGKATKAN KEMAHIRAN ANDA—​MENCAPAI HATI. KEMUDIAN JAWAB SOALAN-SOALAN BERIKUT:

  • Mengapakah Neeta menanya Jade, “Kamu ada fikir apa yang kita belajar hari itu?”

  • Bagaimanakah Neeta membantu Jade untuk mengaitkan piawaian Bible dengan kasih Yehuwa terhadapnya?

  • Jika kita berusaha untuk mencapai hati pelajar, dia akan didorong untuk membuat kemajuan

    Bagaimanakah Neeta membantu Jade memahami cara untuk menunjukkan kasih kepada Tuhan?