KEHIDUPAN KRISTIAN KITA | TETAPKAN MATLAMAT UNTUK TAHUN AKTIVITI PENYEBARAN YANG BAHARU
Berpindah ke Tempat yang Memerlukan Bantuan
Iman diperlukan untuk berpindah ke tempat baharu agar anda dapat meluaskan khidmat. (Ibr 11:8-10) Jika anda mempunyai matlamat untuk berpindah ke tempat yang memerlukan bantuan, bincanglah dengan penatua anda. Apakah langkah praktikal yang boleh diambil untuk tahu jika anda dapat mencapai matlamat ini? Carilah bahan terbitan yang berkaitan dengan berkhidmat di tempat yang memerlukan bantuan. Bincanglah dengan mereka yang telah berpindah ke tempat baharu untuk membantu sidang lain. (Ams 15:22) Mohonlah bimbingan Yehuwa melalui doa. (Yak 1:5) Carilah maklumat tambahan yang diperlukan. Jika dapat, lawatlah tempat itu untuk suatu jangka waktu sebelum membuat keputusan.
SILA LIHAT VIDEO TUNJUKKANLAH IMAN DENGAN MELUASKAN KHIDMAT KEPADA YEHUWA—BERPINDAH KE TEMPAT YANG MEMERLUKAN BANTUAN. KEMUDIAN JAWAB SOALAN BERIKUT:
-
Apakah cabaran yang perlu diatasi oleh Gabriel, dan apakah yang telah membantunya?