Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

KEHIDUPAN KRISTIAN KITA

Anda Dapat Menyumbang kepada Sukacita dalam Keluarga

Anda Dapat Menyumbang kepada Sukacita dalam Keluarga

Yehuwa mahu semua keluarga hidup bahagia. (Mz 127:3-5; Pkh 9:9; 11:9) Tetapi, tekanan daripada dunia dan kelemahan ahli keluarga kita dapat meragut sukacita dan kebahagiaan keluarga. Apakah yang setiap ahli keluarga dapat lakukan supaya keluarga tetap bersukacita?

Seorang suami harus menghormati isterinya. (1Pt 3:7) Dia akan meluangkan masa bersama isterinya. Dia munasabah dan tidak mengharapkan isterinya melakukan sesuatu yang di luar kemampuannya. Dia menunjukkan penghargaan kepada isterinya dengan mengasihinya dan memujinya.​—Ams 31:28, 31; Kol 3:15.

Seorang isteri berusaha menyokong suaminya. (Ams 31:12) Dia rela tunduk dan bekerjasama dengan suaminya. (Kol 3:18) Dia juga bercakap dengan hormat dan sopan kepada suami, dan tidak memburuk-burukkannya di depan orang lain.​—Ams 31:26.

Ibu bapa harus meluangkan masa bersama anak. (Ul 6:6, 7) Mereka tidak segan memberitahu anak bahawa mereka mengasihinya. (Mt 3:17) Mereka menunjukkan kasih dan pengertian semasa memberikan disiplin.​—Ef 6:4.

Anak-anak harus menghormati dan mentaati ibu bapa mereka. (Ams 23:22) Mereka memberitahu ibu bapa tentang fikiran dan perasaan mereka. Mereka menunjukkan hormat dan rela menerima disiplin daripada ibu bapa.​—Ams 19:20.

SILA LIHAT VIDEO BERSUKACITALAH SEBAGAI SEBUAH KELUARGA. KEMUDIAN JAWAB SOALAN BERIKUT:

Apakah yang setiap ahli keluarga lakukan supaya keluarga tetap bersukacita?