Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

KEHIDUPAN KRISTIAN KITA

Apakah Matlamat Rohani Anda bagi Tahun Aktiviti Penyebaran yang Baharu?

Apakah Matlamat Rohani Anda bagi Tahun Aktiviti Penyebaran yang Baharu?

Matlamat rohani merangkumi apa sahaja yang kita lakukan untuk berkhidmat kepada Yehuwa dan menggembirakan hati-Nya. Sememangnya, kita perlu mencurahkan masa dan tenaga untuk mencapai matlamat rohani kita. Tetapi semua ini sangat berbaloi kerana ini membantu kita maju secara rohani. (1Ti 4:15) Mengapakah kita harus menilai semula matlamat rohani kita dari masa ke masa? Kita mungkin telah mencapai matlamat kita, atau situasi kita sudah berubah dan matlamat kita tidak lagi realistik. Jadi, kita perlu tetapkan matlamat rohani yang baharu.

Sebelum bermulanya tahun aktiviti penyebaran yang baharu, kita boleh menilai semula matlamat rohani kita. Bincanglah matlamat peribadi dan matlamat anda sekeluarga semasa penyembahan keluarga.

Apakah matlamat rohani anda dalam aspek-aspek berikut, dan bagaimanakah anda dapat mencapainya?

Pembacaan Bible, pembelajaran peribadi, menghadiri perjumpaan, memberi komen.​—w16.09 27 ¶17

Kerja penyebaran.​—w23.05 27 ¶4-5

Sifat-sifat Kristian.​—w22.04 23 ¶5-6

Lain-lain: