Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

KEHIDUPAN KRISTIAN KITA

Kempen Istimewa pada September untuk Menghebahkan Kerajaan Tuhan!

Kempen Istimewa pada September untuk Menghebahkan Kerajaan Tuhan!

Pada bulan September, kita akan mengerahkan usaha khususnya untuk menghebahkan Kerajaan Tuhan sebagai satu-satunya penyelesaian kepada masalah manusia. (Mt 24:14) Bagaimanakah anda dapat menyertai kempen ini? Kongsilah satu ayat Bible tentang Kerajaan Tuhan dengan sebanyak orang yang mungkin pada bulan itu. Jika seseorang menunjukkan minat, berikan Menara Pengawal edisi umum terbitan No. 2 2020 kepadanya. Kemudian, buatlah kunjungan kembali secepat yang mungkin, dan cuba memulakan pembelajaran Bible dengan menggunakan brosur Nikmati Hidup Selama-Lamanya! Penyiar yang menjadi perintis sokongan dapat memilih untuk merintis sebanyak 15 atau 30 jam pada bulan September.

Tidak lama lagi, Kerajaan Tuhan akan memusnahkan semua kerajaan lain yang menentangnya. (Da 2:44; 1Ko 15:24, 25) Maka, mari kita menggunakan peluang yang istimewa ini untuk menunjukkan bahawa kita berpihak kepada Yehuwa dan Kerajaan-Nya!