Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Kokkinakis v. Greece: Droit réservé

Dari kiri atas, mengikut arah jam: West Virginia State Board of Education lwn. Barnette; Kokkinakis lwn. Greece; Taganrog LRO and Others lwn. Russia; Cha and Others lwn. South Korea

KEHIDUPAN KRISTIAN KITA

Mempertahankan Hak Kita untuk Menyebarkan Berita Baik

Mempertahankan Hak Kita untuk Menyebarkan Berita Baik

Apabila para penentang cuba menghentikan kerja pembinaan Rumah Tuhan, orang Israel berusaha untuk mendapatkan hak yang sah untuk meneruskan kerja itu. (Ez 5:11-16) Begitu juga, orang Kristian hari ini mempertahankan dan memperoleh hak yang sah di sisi undang-undang untuk menyebarkan berita baik. (Flp 1:7) Pada tahun 1936, Bahagian Perundangan telah ditubuhkan di ibu pejabat sedunia. Bahagian ini mengaturkan kerja-kerja yang diperlukan untuk mempertahankan hak saudara saudari kita. Bagaimanakah Bahagian Perundangan menyokong saudara saudari dan kepentingan Kerajaan Tuhan?

SILA LIHAT VIDEO LAWATAN KE BAHAGIAN PERUNDANGAN IBU PEJABAT SEDUNIA. KEMUDIAN JAWAB SOALAN-SOALAN BERIKUT:

  • Apakah cabaran dari segi undang-undang yang dihadapi oleh Saksi-Saksi Yehuwa?

  • Apakah kes mahkamah yang dimenangi Saksi-Saksi Yehuwa? Berikan satu contoh.

  • Bagaimanakah kita dapat menyokong usaha untuk “mempertahankan berita baik”?

  • Dalam jw.org, di manakah kita dapat mencari maklumat tentang perkembangan undang-undang dan senarai nama Saksi yang masih dipenjarakan?