KEHIDUPAN KRISTIAN KITA
Mereka Bekerja Keras untuk Berkhidmat kepada Kita
Penyelia litar dan isterinya sudi membuat pengorbanan kerana mereka mengasihi kita. Namun seperti kita, mereka juga ada keperluan dan cabaran tersendiri. (Yak 5:17) Ada kalanya, mereka mungkin dilanda kekhuatiran, berasa letih, atau tawar hati. Walau bagaimanapun, semasa membuat lawatan ke sidang, mereka berusaha menggalakkan saudara saudari. Sememangnya, para penyelia litar “layak untuk menerima lebih banyak penghormatan.”—1Ti 5:17.
Semasa Rasul Paulus melawat sidang di Roma, dia bertekad untuk mengongsi “kurniaan rohani” kepada mereka. Dia juga menantikan pergaulan yang membina dengan rakan seimannya supaya dapat menggalakkan satu sama lain. (Rm 1:11, 12) Bagaimanakah anda dapat menggalakkan penyelia litar dan isterinya, jika dia sudah berkahwin?
SILA LIHAT VIDEO KEHIDUPAN SEORANG PENYELIA LITAR DI KAWASAN TERPENCIL. KEMUDIAN JAWAB SOALAN-SOALAN BERIKUT:
-
Bagaimanakah penyelia litar dan isterinya menunjukkan kasih dan sikap rela berkorban dalam khidmat mereka?
-
Apakah manfaat yang telah anda raih daripada usaha mereka?
-
Bagaimanakah kita dapat menggalakkan mereka?