Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

15-21 Julai

MAZMUR 63-65

15-21 Julai

Lagu 108 dan Doa | Kata-Kata Pembuka (1 min.)

HARTA KARUN DALAM FIRMAN TUHAN

1. “Kasih Setia-Mu Lebih Berharga daripada Nyawa”

(10 min.)

Hubungan yang baik dengan Tuhan lebih berharga daripada nyawa (Mz 63:3; w01 15/10 15-16 ¶17-18)

Apabila kita merenungkan kasih setia Yehuwa, kita akan lebih menghargai-Nya (Mz 63:6; w19.12 28 ¶4; w15 15/10 24 ¶7)

Penghargaan kita terhadap kasih setia Tuhan mendorong kita untuk memuji-Nya dengan sukacita (Mz 63:​4, 5; w09 15/7 16 ¶6)

IDEA UNTUK PENYEMBAHAN KELUARGA: Bincangkan bagaimana Yehuwa telah menunjukkan kasih setia-Nya kepada anda.

2. Permata Rohani

(10 min.)

  • Mz 64:3​—Bagaimanakah ayat ini mendorong kita untuk mengucapkan kata-kata yang baik? (w15 15/12 20 ¶10)

  • Berdasarkan pembacaan Bible minggu ini, apakah permata rohani yang ingin anda kongsi?

3. Pembacaan Bible

JADILAH PENGINJIL YANG LEBIH MAHIR

4. Mulakan Perbualan

(2 min.) RUMAH KE RUMAH. Dia tidak tahu menuturkan bahasa yang anda guna. (lmd pelajaran 3 poin 4)

5. Mulakan Perbualan

(2 min.) KESAKSIAN TIDAK FORMAL. Perbualan itu tamat sebelum anda dapat berikan kesaksian. (lmd pelajaran 2 poin 4)

6. Mulakan Perbualan

(3 min.) KESAKSIAN DI TEMPAT AWAM. Cuba cari tahu apa topik yang diminatinya. Kemudian, aturkan untuk buat kunjungan kembali. (lmd pelajaran 1 poin 5)

7. Jelaskan Kepercayaan Anda

(4 min.) Demonstrasi. ijwfq 51​—Tema: Mengapakah Saksi-Saksi Yehuwa Menginjil kepada Orang yang Pernah Berkata, “Saya Tidak Berminat”? (lmd pelajaran 4 poin 3)

KEHIDUPAN KRISTIAN KITA

Lagu 154

8. Bagaimanakah Kita Dapat Tunjukkan Kasih kepada Tuhan?

(15 min.) Perbincangan.

Yehuwa “penuh dengan kasih setia.” (Mz 86:15) Kasih setia ialah kasih yang didorong oleh komitmen, integriti, kesetiaan, dan rasa sayang yang mendalam. Yehuwa menunjukkan kasih kepada semua manusia. Tapi Dia hanya menunjukkan ‘kasih setia’ kepada penyembah-Nya kerana mereka mempunyai hubungan yang istimewa dengan-Nya. (Mz 33:18; 63:3; Yoh 3:16; Kis 14:17) Kita menunjukkan kita menghargai kasih setia Yehuwa dengan mengasihi-Nya. Satu cara kita memperlihatkan kasih kita adalah dengan mematuhi perintah-Nya, termasuk perintah untuk ‘menjadikan orang pengikut’ Yesus.​—Mt 28:19; 1Yo 5:3.

Mainkan VIDEO Terus Menunjukkan Kasih dalam Kerja Penyebaran. Kemudian tanya hadirin:

Bagaimanakah kasih dapat mendorong kita untuk menyebarkan berita baik apabila

  • kita rasa penat?

  • kita ditentang?

  • kita sedang melakukan aktiviti seharian?

9. Pembelajaran Bible Sidang

(30 min.) bt bab 12 ¶14-20

Kata-Kata Penutup (3 min.) | Lagu 79 dan Doa