Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

26 Ogos–1 September

MAZMUR 78

26 Ogos–1 September

Lagu 97 dan Doa | Kata-Kata Pembuka (1 min.)

HARTA KARUN DALAM FIRMAN TUHAN

1. Amaran daripada Contoh Buruk Orang Israel

(10 min.)

Orang Israel lupa akan perbuatan Yehuwa yang menakjubkan (Mz 78:​11, 42; w96 1/12 29-30)

Orang Israel tidak menghargai pemberian Yehuwa (Mz 78:19; w06 15/7 17 ¶16)

Orang Israel tidak belajar daripada kesilapan mereka. Mereka sering memberontak dan tidak setia kepada Yehuwa (Mz 78:​40, 41, 56, 57; w11 1/7 10 ¶3-4)


UNTUK PERENUNGAN: Apakah yang dapat bantu kita tetap setia kepada Yehuwa?

2. Permata Rohani

(10 min.)

  • Mz 78:​24, 25​—Mengapakah manna dipanggil “makanan malaikat”? (w06 15/7 11 ¶5)

  • Berdasarkan pembacaan Bible minggu ini, apakah permata rohani yang ingin anda kongsi?

3. Pembacaan Bible

JADILAH PENGINJIL YANG LEBIH MAHIR

4. Mulakan Perbualan

(3 min.) RUMAH KE RUMAH. Tawarkan pembelajaran Bible. (lmd pelajaran 5 poin 5)

5. Mulakan Perbualan

(3 min.) RUMAH KE RUMAH. Gunakan satu risalah untuk mulakan perbualan. Tawarkan pembelajaran Bible. (lmd pelajaran 5 poin 4)

6. Mulakan Perbualan

(1 min.) RUMAH KE RUMAH. Dia mahu anda sampaikan mesej anda dengan cepat. Tawarkan pembelajaran Bible. (lmd pelajaran 2 poin 5)

7. Mulakan Perbualan

(4 min.) KESAKSIAN TIDAK FORMAL. Tanpa menyebut tentang ajaran Bible, cakap tentang sesuatu yang dapat membuka peluang untuk memberitahunya bahawa anda seorang Saksi-Saksi Yehuwa. Kemudian, tawarkan pembelajaran Bible. (lmd pelajaran 2 poin 4)

KEHIDUPAN KRISTIAN KITA

Lagu 96

8. Belajarlah daripada Teladan Filipus

(15 min.) Perbincangan.

Firman Tuhan mengandungi banyak pengajaran dan amaran bagi kita. Kita dapat meraih manfaat daripadanya dengan mencurahkan masa dan usaha untuk mengkaji watak-watak Bible. Kemudian, kita perlu merenungkan pengajarannya dan membuat perubahan yang diperlukan.

Filipus ialah seorang penginjil Kristian yang “penuh dengan kuasa suci Tuhan dan kebijaksanaan.” (Kis 6:​3, 5) Apakah pengajaran yang kita peroleh daripada teladannya?

Mainkan VIDEO Belajar daripada Mereka—Filipus. Kemudian tanya hadirin pengajaran yang diperoleh bagi poin-poin berikut:

  • Tindakan Filipus apabila kehidupannya berubah secara tiba-tiba.—Kis 8:​1, 4, 5

  • Berkat yang diraih Filipus kerana rela berkhidmat di tempat yang memerlukan bantuan. —Kis 8:​6-8, 26-31, 34-40

  • Berkat yang diraih Filipus dan keluarganya kerana terus menunjukkan kemurahan hati.—Kis 21:​8-10

  • Sukacita yang diraih keluarga dalam video itu kerana meniru teladan Filipus

9. Pembelajaran Bible Sidang

(30 min.) bt bab 14 ¶11-20

Kata-Kata Penutup (3 min.) | Lagu 101 dan Doa