29 Julai–4 Ogos
MAZMUR 69
Lagu 13 dan Doa | Kata-Kata Pembuka (1 min.)
1. Apakah Nubuat tentang Yesus yang Terkandung dalam Mazmur 69?
(10 min.)
Yesus dibenci tanpa sebab (Mz 69:4; Yoh 15:24, 25; w11 15/8 11 ¶17)
Yesus mempunyai semangat yang berkobar- kobar untuk Rumah Yehuwa (Mz 69:9; Yoh 2:13-17; lfb 180-181)
Yesus hancur hati dan diberi wain yang bercampur bahan pahit (Mz 69:20, 21; Mt 27:34; Lu 22:44; Yoh 19:34; g95 22/10 31 ¶4; it-2 967)
UNTUK PERENUNGAN: Mengapakah Yehuwa memastikan nubuat tentang Mesias dicatatkan dalam Kitab Ibrani?
2. Permata Rohani
(10 min.)
-
Mz 69:30, 31—Bagaimanakah ayat ini bantu kita meningkatkan mutu doa kita? (w99 15/1 18 ¶11)
-
Berdasarkan pembacaan Bible minggu ini, apakah permata rohani yang ingin anda kongsi?
3. Pembacaan Bible
(4 min.) Mz 69:1-25 (th pelajaran 2)
4. Kesabaran—Apa yang Yesus Buat
(7 min.) Perbincangan. Mainkan VIDEO, dan kemudian bincangkan lmd pelajaran 8 poin 1-2.
5. Kesabaran—Tirulah Yesus
(8 min.) Perbincangan berdasarkan lmd pelajaran 8 poin 3-5 dan “Lihat Juga.”
Lagu 134
6. Keperluan Tempatan
(5 min.)
7. Panduan untuk Penyembahan Keluarga
(10 min.) Perbincangan.
Pada Januari 2009, Pembelajaran Buku Sidang, Sekolah Penyebaran Teokratik, dan Perjumpaan Aktiviti Penyebaran telah digabungkan. Maka sekarang, kita hanya ada satu perjumpaan pertengahan minggu. Hasilnya, setiap keluarga mempunyai masa untuk melakukan penyembahan keluarga. Ramai saudara saudari meluahkan penghargaan atas aturan ini yang bantu mereka mengeratkan hubungan dengan Yehuwa dan satu sama lain.—Ul 6:6, 7.
Apakah beberapa panduan yang dapat membantu ketua keluarga untuk menjayakan penyembahan keluarga?
-
Lakukannya secara tetap. Jika dapat, aturkan masa yang tetap untuk penyembahan keluarga setiap minggu. Pilihlah hari lain jika hal yang tidak dijangka berlaku
-
Buat persiapan. Bincanglah dengan isteri anda, dan tanyalah anak-anak anda sekali-sekala untuk berikan cadangan. Anda tidak perlu buat terlalu banyak persiapan, terutamanya jika keluarga anda suka melakukan aktiviti-aktiviti yang sama setiap minggu
-
Buat penyesuaian. Keperluan dan keupayaan anak-anak berubah seraya mereka membesar. Buatlah penyesuaian supaya program penyembahan keluarga dapat membantu setiap ahli keluarga bertumbuh secara rohani
-
Wujudkan suasana yang pengasih dan tenang. Kadangkala, anda boleh melakukan penyembahan keluarga di luar jika cuaca baik. Ambillah masa untuk berehat jika perlu. Anda boleh menggunakan masa penyembahan keluarga untuk membincangkan cabaran yang spesifik. Tapi janganlah gunakannya sebagai peluang untuk mendisiplin atau memarahi anak
-
Lakukanlah pelbagai aktiviti. Contohnya, dalam satu sesi, anda boleh buat persiapan untuk salah satu bahagian perjumpaan, tonton dan bincangkan sebuah video di jw.org, serta buat latihan untuk kerja penyebaran. Biasanya, perbincangan akan diadakan sebagai sebuah keluarga. Tetapi kadangkala, keluarga juga boleh menggunakan masa itu untuk pembelajaran peribadi
Bincangkan soalan ini:
-
Bagaimanakah anda menerapkan panduan ini dalam penyembahan keluarga anda?
8. Pembelajaran Bible Sidang
(30 min.) bt bab 13 ¶8-16, kotak pada ms. 119