Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

HARTA KARUN DALAM FIRMAN TUHAN | MAZMUR 45-51

Yehuwa Tidak Akan Menolak Orang yang Remuk Hati

Yehuwa Tidak Akan Menolak Orang yang Remuk Hati

Mazmur 51 digubah oleh Daud setelah nabi Natan menegurnya kerana berzina dengan Batsyeba. Daud berasa amat bersalah dan dia dengan rendah hati mengakui dosanya.—2Sa 12:1-14.

Meskipun Daud telah berdosa, dia masih dapat pulih secara rohani

51:5, 6, 10-14, 19

  • Sebelum Daud bertaubat dan mengakui dosanya, hati nuraninya menyebabkannya berasa terseksa

  • Hatinya hancur dan remuk kerana Tuhan tidak lagi berkenan kepadanya

  • Dia ingin sekali pulih secara rohani dan mendapat pengampunan Tuhan serta sukacita yang pernah dinikmatinya

  • Dengan rendah hati, Daud merayu agar Yehuwa membantunya memupuk ketaatan

  • Dia yakin bahawa Yehuwa akan mengampuninya