Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

KEHIDUPAN KRISTIAN KITA

Ibu Bapa, Bantulah Anak Anda Menempuh Haluan yang Menuju Kejayaan

Ibu Bapa, Bantulah Anak Anda Menempuh Haluan yang Menuju Kejayaan

Ibu bapa tentu ingin anak mereka menjadi penyembah Yehuwa yang setia. Hal ini dapat dicapai jika ibu bapa menyemai ajaran Bible dalam hati anak sejak kecil lagi. (Ul 6:7; Ams 22:6) Adakah hal ini mudah? Sudah tentu tidak! Namun, berkat yang diraih akan membuat semua pengorbanan anda berbaloi.​—3Yo 4.

Ibu bapa boleh belajar daripada teladan Yusuf dan Maria. Mereka “pergi ke Yerusalem setiap tahun bagi menyambut Perayaan Paska,” walaupun perjalanan itu memerlukan banyak usaha dan wang. (Lu 2:41) Jelaslah, mereka sangat mementingkan kerohanian keluarga mereka. Hari ini, ibu bapa dapat mengajar dan membantu anak mereka menempuh haluan benar melalui kata-kata dan teladan mereka.​—Mz 127:3-5.

SILA LIHAT VIDEO MEREKA MENGGUNAKAN SETIAP PELUANG. KEMUDIAN, JAWAB SOALAN-SOALAN BERIKUT:

  • Walaupun Jon dan Sharon Schiller perlu menjaga rumah tangga mereka, mereka tetap mengutamakan Kerajaan Tuhan. Bagaimanakah mereka melakukan hal itu?

  • Ibu bapa harus mengajar, membimbing, dan mendisiplinkan setiap anak mengikut keperluan masing-masing. Mengapa?

  • Bagaimanakah ibu bapa dapat membantu anak menghadapi cabaran yang menguji iman?

  • Apakah bahan yang disediakan oleh organisasi Yehuwa yang pernah anda gunakan untuk membantu anak anda bertumbuh secara rohani?

Bantulah keluarga anda mengutamakan hal-hal rohani