Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

KEHIDUPAN KRISTIAN KITA

Ikutlah Jejak Kristus dengan Teliti

Ikutlah Jejak Kristus dengan Teliti

Teladan Yesus dapat membantu kita, terutamanya semasa kita dilanda dugaan atau penganiayaan. (1Pt 2:21-23) Meskipun Yesus dihina dan diseksa oleh musuhnya, dia tidak pernah membalas perbuatan jahat mereka. (Mr 15:29-32) Apakah yang membantunya bertabah? Tekadnya untuk melakukan kehendak Yehuwa. (Yoh 6:38) Dia juga bertumpu kepada “sukacita yang ada di hadapannya.”​—Ibr 12:2.

Apakah reaksi kita apabila ditentang kerana iman kita? Orang Kristian sejati tidak akan “membalas kejahatan dengan kejahatan.” (Rm 12:14, 17) Dengan meniru ketabahan Yesus, kita dapat bersukacita kerana kita diperkenankan Tuhan.​—Mt 5:10-12; 1Pt 4:12-14.

SILA LIHAT VIDEO NAMA YEHUWA ADALAH YANG TERPENTING. KEMUDIAN, JAWAB SOALAN-SOALAN BERIKUT:

  • Bagaimanakah Saudari Pötzinger * menggunakan masanya dengan bijak semasa dikurung seorang diri?

  • Apakah cabaran yang dilalui Saudara dan Saudari Pötzinger semasa dalam kem konsentrasi?

  • Apakah yang telah membantu mereka bertabah?

Semasa mengalami cubaan, ikutlah jejak Kristus dengan teliti

^ per. 6 Juga dieja sebagai Poetzinger.