Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

KEHIDUPAN KRISTIAN KITA

Jadikan Pembelajaran Peribadi Anda Lebih Bermakna

Jadikan Pembelajaran Peribadi Anda Lebih Bermakna

MENGAPA PENTING: Pembelajaran peribadi membantu kita untuk “memahami dengan sepenuhnya betapa lebarnya, betapa panjangnya, betapa tingginya, dan betapa dalamnya” kebenaran Bible. (Ef 3:18) Selain itu, kita juga dibantu untuk hidup tanpa cela dalam dunia yang jahat ini dan terus “berpegang teguh pada firman yang memberikan kehidupan.” (Flp 2:15, 16) Semasa pembelajaran peribadi, kita boleh memilih bahan yang sesuai dengan keperluan kita. Bagaimanakah kita dapat meraih lebih banyak manfaat daripada pembacaan dan pembelajaran Bible?

CARA MELAKUKANNYA:

  • Warnakan ayat dan catatkan nota dalam Bible anda, sama ada dalam kertas atau alat elektronik

  • Semasa membaca Firman Tuhan, tanyalah diri soalan-soalan seperti, “Siapa? Apa? Bila? Di mana? Mengapa? Bagaimana?”

  • Dapatkan faktanya. Gunakan alat penyelidikan untuk mencari maklumat berdasarkan ayat atau topik Bible

  • Renungkan bagaimana anda boleh menerapkan maklumat yang anda baca

  • Terapkan apa yang dipelajari dalam kehidupan anda.​—Lu 6:47, 48

SILA LIHAT VIDEO “TERUS BERPEGANG TEGUH”​—MELALUI PEMBELAJARAN PERIBADI YANG EFEKTIF. KEMUDIAN, JAWAB SOALAN-SOALAN BERIKUT:

  • Apakah manfaat pembelajaran peribadi?

  • Mengapakah kita harus berdoa sebelum memulakan pembelajaran peribadi?

  • Apakah yang boleh membantu kita memahami ayat Bible dengan lebih baik?

  • Apakah beberapa cara kita boleh menanda Bible peribadi kita dan apakah yang boleh kita tandakan?

  • Mengapakah perenungan penting semasa mengkaji Firman Tuhan?

  • Apakah yang harus kita lakukan setelah kita mempelajari sesuatu?

“Aku sangat mencintai hukum-Mu! Aku merenungkannya sepanjang hari.”​—Mz 119:97