Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

KEHIDUPAN KRISTIAN KITA

Cara Menggunakan Cadangan Topik Perbualan

Cara Menggunakan Cadangan Topik Perbualan

Sejak Januari 2018, Kehidupan dan Kegiatan Kristian Kita​—Lembaran Kerja mengandungi cadangan topik perbualan. Bagaimanakah kita dapat menggunakannya?

Semasa Menyampaikan Tugasan: Anda harus menggunakan soalan, ayat Bible, dan soalan untuk kunjungan seterusnya yang terdapat dalam cadangan topik perbualan. Tetapi anda tidak perlu meniru kata-kata dalam video penyampaian secara bulat-bulat. Anda boleh menggunakan latar, pengenalan, dan penjelasan yang berbeza. Anda juga boleh menawarkan bahan bacaan daripada Bahan Utama untuk Mengajar, biarpun arahan bagi tugasan anda tidak menyuruh anda untuk berbuat demikian.

Dalam Kerja Penyebaran: Cadangan topik perbualan menyediakan banyak idea yang berguna. Jika penghuni rumah berminat dan ingin tahu lebih banyak, anda boleh meneruskan perbualan dengan menggunakan cadangan bagi kunjungan kembali. Anda boleh menyesuaikan cadangan itu atau menggunakan topik sendiri. Adakah orang di kawasan anda lebih tertarik kepada cadangan yang digunakan dalam bulan sebelumnya? Adakah mereka lebih tertarik kepada ayat Bible yang lain? Atau adakah mereka lebih berminat kepada isu semasa? Anda boleh menyesuaikan cadangan topik perbualan mengikut keperluan tempatan. Tetapi janganlah lupa bahawa tujuan anda adalah untuk ‘melakukan apa-apa sahaja supaya dapat mengkhabarkan berita baik kepada orang lain.’​—1Ko 9:22, 23.