Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

HARTA KARUN DALAM FIRMAN TUHAN | AYUB 1-5

Ayub Tetap Setia semasa Diuji

Ayub Tetap Setia semasa Diuji

Ayub tinggal di kota Us ketika orang Israel menjadi hamba di Mesir. Walaupun bukan keturunan Israel, Ayub ialah penyembah Yehuwa yang setia. Dia kaya-raya, amat berpengaruh, dan mempunyai keluarga yang besar. Dia seorang penasihat yang disegani dan hakim yang adil. Dia juga murah hati kepada orang yang miskin dan serba kekurangan. Ayub seorang lelaki yang setia.

Ayub menunjukkan bahawa Yehuwalah yang paling penting dalam kehidupannya

1:8-11, 22; 2:2-5

  • Syaitan memperhatikan kesetiaan Ayub. Dia tidak mempersoalkan ketaatan Ayub. Sebaliknya, dia mempersoalkan niat Ayub

  • Syaitan mendakwa bahawa Ayub menyembah Yehuwa demi kepentingan diri

  • Untuk menjawab tuduhannya, Yehuwa membenarkan Syaitan menguji Ayub. Syaitan mendatangkan pelbagai masalah terhadap Ayub

  • Apabila Ayub tetap setia kepada Tuhan, Syaitan mempersoalkan kesetiaan semua manusia

  • Ayub tidak berdosa atau menuduh Tuhan berbuat salah