Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

HARTA KARUN DALAM FIRMAN TUHAN | AYUB 6-10

Ayub Meluahkan Keperitannya

Ayub Meluahkan Keperitannya

Ayub menderita penyakit yang serius serta kehilangan segala harta dan anak-anak. Hatinya hancur, namun dia masih setia kepada Tuhan. Jadi Syaitan ingin menyebabkan Ayub berasa tawar hati agar dia meninggalkan Yehuwa. Tiga orang “sahabat” tiba. Mula-mula, mereka berpura-pura menunjukkan simpati. Selama tujuh hari, mereka duduk bersama Ayub tanpa mengatakan sepatah kata pun untuk melegakannya. Kemudian, mereka menuduh Ayub dan menyalahkannya.

Ayub tetap setia kepada Yehuwa meskipun sangat tertekan

6:3; 7:16; 9:20-22; 10:1, 12

  • Keperitan yang dialami Ayub menyebabkannya memiliki pandangan yang salah. Dia menyimpulkan bahawa kesetiaannya tidak penting di mata Tuhan

  • Oleh sebab terlalu kecewa, Ayub tidak terfikir bahawa terdapat punca lain yang mengakibatkan penderitaannya

  • Walaupun pedih hati, Ayub masih memberitahu “sahabatnya” bahawa dia mengasihi Yehuwa