Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

KEHIDUPAN KRISTIAN KITA

Sambutlah Tetamu Kita

Sambutlah Tetamu Kita

Pada 23 Mac, kira-kira 12 juta tetamu dijangka akan menghadiri sambutan Peringatan. Ceramah yang disampaikan akan menjelaskan kurniaan tebusan yang disediakan Yehuwa dan berkat yang bakal diraih oleh umat manusia. Sudah tentu ini akan memberikan kesaksian yang baik kepada mereka! (Yes 11:6-9; 35:5, 6; 65:21-23; Yoh 3:16) Namun, selain penceramah, kita juga dapat memberikan kesaksian. Semasa acara istimewa ini, kita boleh mengalu-alukan para tetamu yang hadir. (Rm 15:7) Perhatikanlah cadangan berikut.

  • Janganlah terus duduk dan menunggu sehingga program bermula. Dengan senyuman yang manis, anda boleh menyapa para tetamu serta mereka yang tidak aktif

  • Berusahalah untuk menyambut mereka yang telah anda undang serta tetamu yang hadir kerana menerima surat jemputan. Jemputlah mereka untuk duduk bersama anda. Kongsilah Bible dan buku lagu anda dengan mereka

  • Jika dia mempunyai soalan selepas ceramah, bersedialah untuk menjawab pertanyaannya. Sekiranya sidang lain perlu menggunakan dewan yang sama, buatlah aturan agar anda dapat mengunjunginya beberapa hari kemudian. Anda boleh tanya, “Saya ingin dengar pendapat kamu tentang program tadi. Bagaimanakah saya dapat hubungi kamu?”