Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

JADILAH PENGINJIL YANG LEBIH MAHIR

Tingkatkan Kemahiran Aktiviti Penyebaran—Sediakan Penyampaian Majalah Anda

Tingkatkan Kemahiran Aktiviti Penyebaran—Sediakan Penyampaian Majalah Anda

MENGAPA PENTING: Penyampaian dalam lembaran kerja ini amat berguna, tetapi ini hanyalah sebuah rangka. Anda harus menggunakan kata-kata sendiri. Anda mungkin memilih pendekatan yang berbeza atau berasa bahawa topik lain lebih sesuai bagi kawasan anda. Oleh itu, selepas membaca majalah yang ingin ditawarkan, meneliti cadangan penyampaian yang disediakan, dan menonton video bagi penyampaian itu, gunalah cadangan yang berikut untuk menyediakan penyampaian anda yang tersendiri.

CARANYA:

Tanyalah diri, “Adakah saya ingin menggunakan cadangan penyampaian ini?”

YA

  • Sediakan kata-kata pembuka. Selepas memberikan salam, beritahu dengan jelas tujuan kunjungan anda. (Contoh: “Saya datang kerana . . . .”)

  • Fikirkan tentang kata-kata yang boleh digunakan untuk mengajukan soalan, memperkenalkan ayat Bible, dan menawarkan bahan bacaan. (Contoh: Sebelum membaca ayat Bible, anda boleh kata, “Jawapan yang memuaskan bagi soalan itu ada di sini.”)

TIDAK

  • Pilih satu topik daripada majalah ini yang menarik bagi anda serta sesuai bagi kawasan penyebaran

  • Sediakan satu soalan untuk merangsang fikiran penghuni rumah dan memulakan perbualan, tetapi jangan tanya soalan yang terlalu susah atau soalan yang menyebabkan penghuni rumah berasa malu. (Contoh: Gunakan soalan yang tertera pada muka surat 2 dalam majalah.)

  • Pilih satu ayat Bible untuk dibacakan. (Jika bahan bacaan yang ditawarkan mengandungi topik yang umum, anda boleh pilih sama ada untuk membaca ayat Bible atau tidak. Hal ini kerana bahan bacaan tersebut direka bagi orang yang tidak mengenali Bible dan yang tidak percaya pada agama.)

  • Jelaskan dengan ringkas kepada penghuni rumah tentang manfaat yang boleh diraih dengan membaca rencana ini

TIDAK KIRA YA ATAU TIDAK

  • Sediakan satu soalan yang akan anda jawab semasa kunjungan kembali

  • Buatlah nota supaya anda dapat ingat apa yang harus dikatakan pada kunjungan seterusnya