Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

KEHIDUPAN KRISTIAN KITA

Bantu Keluarga Anda untuk Ingat akan Yehuwa

Bantu Keluarga Anda untuk Ingat akan Yehuwa

Yeremia diutus untuk menyampaikan mesej penghakiman kerana orang Yahudi telah melupakan Yehuwa. (Yer 13:25) Mengapakah bangsa Israel terjerumus dalam keadaan rohani yang teruk ini? Hal ini kerana keluarga-keluarga di Israel tidak menjaga kerohanian mereka. Nampaknya, ketua keluarga tidak mengikut arahan Yehuwa di Ulangan 6:5-7.

Keluarga yang kuat secara rohani dapat membina sidang yang kukuh. Dengan mengadakan Penyembahan Keluarga yang bermakna secara tetap, ketua keluarga dapat membantu ahli keluarga untuk ingat akan Yehuwa. (Mz 22:28) Selepas menonton video Kata-Kata Tuhan Mesti Terukir pada Hatimu—Temu Ramah Keluarga, jawablah soalan-soalan berikut:

  • Bagaimanakah sesetengah keluarga berjaya mengatasi cabaran untuk mengadakan Penyembahan Keluarga?

  • Apakah berkat yang dapat dinikmati apabila program Penyembahan Keluarga yang bermakna diadakan secara tetap?

  • Apakah cabaran yang saya hadapi mengenai Penyembahan Keluarga? Bagaimanakah saya dapat mengatasinya?