16-22 Mac
KEJADIAN 25-26
Lagu 18 dan Doa
Kata-Kata Pembuka (1 min.)
HARTA KARUN DALAM FIRMAN TUHAN
“Esau Menjual Haknya sebagai Anak Sulung”: (10 min.)
Kej 25:27, 28—Esau dan Yakub merupakan kembar, tetapi mereka mempunyai keperibadian yang berbeza dan suka melakukan aktiviti yang berlainan (it-2 1159)
Kej 25:29, 30—Esau membiarkan keadaannya yang penat dan lapar mempengaruhi tindakannya
Kej 25:31-34—Esau telah menjual haknya sebagai anak sulung kepada Yakub demi makanan kerana dia tidak menghargai hak itu (w19.02 16 per. 11; it-1 127)
Mencari Permata Rohani: (10 min.)
Kej 25:31-34—Berdasarkan kisah ini, mengapakah kita dapat menyimpulkan bahawa bukan semua nenek moyang Mesias memiliki hak sebagai anak sulung? (Ibr 12:16; w17.12 15 per. 5-7)
Kej 26:7—Mengapakah Ishak tidak bercakap benar pada waktu itu? (it-1 617 per. 5)
Berdasarkan pembacaan Bible minggu ini, apakah permata rohani mengenai Tuhan Yehuwa, kerja penyebaran, atau hal lain, yang ingin anda kongsi?
Pembacaan Bible: (4 min. atau kurang) Kej 26:1-18 (th pelajaran 5)
JADILAH PENGINJIL YANG LEBIH MAHIR
Video bagi Kunjungan Kembali: (5 min.) Perbincangan. Mainkan video, kemudian tanya hadirin soalan ini: Jika penghuni rumah tidak tahu jawapan kepada soalan kita, apakah yang dapat kita lakukan agar dia tidak berasa malu? Bagaimanakah penyiar itu menjelaskan Matius 20:28 dengan baik?
Kunjungan Kembali: (4 min. atau kurang) Gunakan cadangan topik perbualan. (th pelajaran 3)
Kunjungan Kembali: (4 min. atau kurang) Gunakan cadangan topik perbualan sebagai pengenalan. Kemudian tawarkan buku Diajarkan Bible. (th pelajaran 15)
KEHIDUPAN KRISTIAN KITA
Tunjukkan Video semasa Menggunakan Brosur Berita Baik daripada Tuhan!: (15 min.) Perbincangan. Mainkan video Bagaimanakah Keadaan Orang Mati? dan Mengapakah Tuhan Membenarkan Penderitaan? Selepas setiap video dimainkan, tanya soalan berikut: Bagaimanakah anda boleh menunjukkan video ini semasa menggunakan brosur Berita Baik? (mwb19.03 7) Apakah ciri daripada video ini yang dapat membantu anda semasa mengajar orang? Ingatkan para hadirin bahawa brosur Berita Baik dalam bentuk elektronik mempunyai pautan video.
Pembelajaran Bible Sidang: (30 min.) jy bab 101
Kata-Kata Penutup (3 min. atau kurang)
Lagu 56 dan Doa