Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

KEHIDUPAN KRISTIAN KITA

Tingkatkan Kemahiran Aktiviti Penyebaran—Menginjil kepada Orang Buta

Tingkatkan Kemahiran Aktiviti Penyebaran—Menginjil kepada Orang Buta

MENGAPA PENTING: Orang buta biasanya berasa tidak selesa bercakap dengan orang yang tidak dikenali. Maka, kita harus memupuk kemahiran agar dapat memberikan kesaksian kepada mereka. Yehuwa mengambil berat terhadap orang buta. (Im 19:14) Kita meniru teladan-Nya dengan mengambil inisiatif untuk membantu orang buta secara rohani.

CARANYA:

  • “Carilah” orang buta. (Mt 10:11) Adakah anda mengenali sesiapa yang mempunyai ahli keluarga yang buta? Adakah kawasan anda mempunyai sekolah, organisasi, atau pusat jagaan bagi orang buta? Adakah mereka ingin mendapatkan bahan bacaan untuk orang buta?

  • Tunjukkan keprihatinan. Sikap anda yang ramah dan keprihatinan anda akan membuat orang buta berasa selesa. Cubalah memulakan perbualan dengan menggunakan topik yang menarik minat orang tempatan

  • Berikan bantuan rohani. Organisasi kita telah menyediakan bahan bacaan dalam pelbagai format untuk membantu orang yang mempunyai masalah penglihatan. Tanyalah orang itu apa jenis bahan yang ingin digunakannya untuk belajar Bible. Penyelia aktiviti penyebaran harus memastikan agar pembantu bahan bacaan memesan bahan itu dalam format yang diingini orang tersebut