KEHIDUPAN KRISTIAN KITA
Siapakah yang Ingin Saya Jemput?
Setiap tahun, kita menjemput orang yang kita tidak kenal untuk menghadiri Peringatan bersama kita. Namun, kita juga harus berusaha menjemput orang yang kita kenal. Biasanya, orang akan menghadiri Peringatan jika dijemput oleh kenalan mereka. (yb08 11-12 per. 3; 14 per. 1) Siapakah yang boleh anda jemput?
-
Saudara-mara
-
Rakan kerja atau rakan sekolah
-
Jiran
-
Kunjungan kembali, pelajar Bible, dan bekas pelajar Bible
Selain itu, para penatua akan menjemput penyiar yang tidak aktif. Bagaimana pula jika kenalan anda tidak tinggal di kawasan anda? Anda boleh mendapatkan maklumat tentang masa dan tempat bagi Peringatan di kawasannya dengan melayari laman web jw.org/ms. Kemudian klik MENGENAI KAMI dan pilih “Peringatan.” Semasa anda membuat persiapan untuk sambutan Peringatan tahun ini, fikirlah siapa yang ingin anda jemput, dan jemputlah mereka.