Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

KEHIDUPAN KRISTIAN KITA

Pilihlah Sahabat Anda dengan Bijak

Pilihlah Sahabat Anda dengan Bijak

Apa yang berlaku kepada orang Israel di dataran Moab memberikan amaran kepada orang Kristian. (1Ko 10:6, 8, 11) Orang Israel yang mula bergaul dengan wanita Moab yang tidak bermoral dan menyembah berhala, akhirnya digoda untuk melakukan dosa yang serius. Hal itu telah membawa akibat yang sangat buruk. (Bil 25:9) Dewasa ini, kita dikelilingi oleh rakan sekerja, rakan sekolah, jiran, saudara-mara, dan kenalan lain yang tidak menyembah Yehuwa. Apakah pengajaran yang dapat kita raih daripada kisah Bible ini tentang bahayanya bergaul rapat dengan orang yang tidak menyembah Yehuwa?

SILA LIHAT VIDEO KISAH YANG MENJADI AMARAN BAGI KITA​—SEDUTAN. KEMUDIAN JAWAB SOALAN-SOALAN BERIKUT:

  • Bagaimanakah Zimri dan orang lain cuba mempengaruhi Yamin dengan fikiran yang salah?

  • Bagaimanakah Pinehas membetulkan fikiran Yamin?

  • Apakah perbezaan antara bersikap ramah kepada orang yang tidak menyembah Yehuwa dengan menjadi kawan mereka?

  • Mengapakah kita harus berhati-hati semasa memilih sahabat rapat, bahkan di dalam sidang?

  • Mengapakah kita harus menghindari kumpulan chat dalam media sosial yang terdiri daripada orang yang kita tidak kenal?