Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

JADILAH PENGINJIL YANG LEBIH MAHIR | TINGKATKAN SUKACITA DALAM AKTIVITI PENYEBARAN

Bantu Pelajar Bible Anda untuk Mengatasi Tabiat Buruk

Bantu Pelajar Bible Anda untuk Mengatasi Tabiat Buruk

Hanya orang yang bersih secara moral boleh memupuk hubungan yang rapat dengan Yehuwa. (1Pt 1:14-16) Apabila pelajar anda dapat mengatasi tabiat buruk, mereka akan mempunyai kehidupan keluarga yang lebih bahagia, kesihatan yang lebih baik, dan keadaan kewangan yang lebih stabil.

Jelaskan piawaian moral Yehuwa dengan baik, sebab Dia menetapkan piawaian itu, dan manfaatnya jika mereka mengikut perintah-Nya. Bantu pelajar Bible untuk mengubah fikiran mereka supaya mereka dapat mengatasi tabiat buruk. (Ef 4:22-24) Yakinkan mereka bahawa dengan bantuan Yehuwa, mereka dapat mengatasi tabiat buruk yang sudah berurat berakar. (Flp 4:13) Ajarlah mereka untuk memohon kekuatan daripada Yehuwa semasa mereka ada keinginan untuk berdosa. Bantu mereka untuk mengenal pasti dan mengelakkan situasi yang boleh menggoda mereka. Galakkan mereka untuk menggantikan tabiat buruk dengan tabiat baik. Anda akan bersukacita apabila pelajar anda berjaya membuat perubahan dengan bantuan Yehuwa.

SILA LIHAT VIDEO BANTU PELAJAR BIBLE ANDA UNTUK MENGATASI TABIAT BURUK. KEMUDIAN JAWAB SOALAN-SOALAN BERIKUT:

  • Bagaimanakah Neeta dan para penatua melayan Jade?

  • Apakah lagi yang dilakukan oleh Neeta untuk membantu Jade?

  • Bagaimanakah Jade meminta bantuan daripada Yehuwa?