Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

KEHIDUPAN KRISTIAN KITA

Cara Menggunakan Video-Video tentang Pembelajaran Bible

Cara Menggunakan Video-Video tentang Pembelajaran Bible

Kita mempunyai empat video tentang pembelajaran Bible yang dapat digunakan dalam kerja penyebaran. Apakah tujuan setiap video itu?

  • Mengapa Belajar Bible?​—Video Penuh direka untuk membangkitkan minat seseorang terhadap Bible tidak kira apa pegangan agamanya. Video ini menggalakkannya untuk mencari jawapan Bible kepada soalan-soalan penting dalam hidup, dan menjawab satu soalan secara ringkas. Maka, dia dapat melihat bahawa Bible mempunyai penjelasan yang masuk akal. Video ini juga menerangkan cara untuk memohon pembelajaran Bible.

  • Mengapa Belajar Bible? (versi singkat) mengandungi maklumat yang sama dengan video penuh tetapi video ini telah dipendekkan. Video ini lebih sesuai bagi orang yang hanya dapat meluangkan sedikit masa untuk bercakap.

  • Apakah yang Berlaku semasa Pembelajaran Bible? direka untuk membangkitkan minat orang terhadap kursus pembelajaran Bible yang percuma. Video ini menjawab beberapa soalan yang sering ditanyakan dan menjelaskan cara untuk memohon pembelajaran Bible.

  • Nikmatilah Pembelajaran Bible Anda boleh ditunjukkan kepada pelajar Bible kita. Video ini hanya diperkenalkan di muka surat dua buku Nikmati Hidup Selama-Lamanya! Tetapi, kita juga boleh menggunakannya semasa membincangkan brosur Nikmati Hidup Selama-Lamanya! Video ini menjelaskan ciri-ciri buku itu dan bagaimana pembelajaran Bible diadakan.

Walaupun setiap video mempunyai tujuan yang spesifik, kita dapat menunjukkan atau menghantarkan mana-mana video ini mengikut keperluan pendengar kita. Berusahalah untuk mengenali video-video ini dengan baik dan menggunakannya semasa kerja penyebaran.