Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

KEHIDUPAN KRISTIAN KITA

Cara Menghulurkan Bantuan semasa Bencana Alam Berlaku

Cara Menghulurkan Bantuan semasa Bencana Alam Berlaku

Hari ini, bencana alam semakin kerap berlaku. Apabila bencana melanda, usaha untuk membantu saudara saudari kita yang terjejas haruslah diaturkan dengan baik dan dilakukan dengan cekap. Maka, Badan Pimpinan telah menubuhkan Bahagian Bantuan Bencana di setiap pejabat cawangan untuk mengaturkan kerja sedemikian.

Apabila saudara dalam bahagian itu mengetahui tentang suatu bencana, mereka akan segera menghubungi penatua tempatan untuk mencari tahu keperluan penyiar yang terjejas. Jika saudara saudari di kawasan tempatan tidak dapat memenuhi keperluan atau menangani kerosakan yang berlaku, pejabat cawangan akan menugaskan beberapa orang saudara untuk memimpin kerja bantuan bencana. Mereka mungkin memerlukan bantuan sukarelawan atau sumbangan barang tertentu. Mereka juga mungkin membeli dan mengedarkan bekalan yang diperlukan.

Sebenarnya, aturan sebegini jauh lebih bermanfaat daripada bertindak sendiri. Misalnya, kita dapat elakkan kekeliruan dan pembaziran dari segi wang, barang keperluan, dan tenaga.

Para saudara yang dilantik oleh pejabat cawangan akan menentukan jumlah wang dan sukarelawan yang diperlukan. Mereka boleh menghubungi pihak berkuasa tempatan untuk mempercepatkan urusan bantuan bencana. Kita tidak harus membuat aturan sendiri untuk mengumpulkan sumbangan, menghantar bekalan, atau pergi ke kawasan bencana, melainkan kita diminta untuk berbuat demikian.

Apabila bencana melanda, kita pasti ingin membantu rakan seiman kita kerana kita mengasihi mereka. (Ibr 13:16) Hal terpenting yang kita dapat lakukan ialah berdoa untuk mangsa bencana dan para sukarelawan. Kita juga boleh memberikan sumbangan kepada kerja sedunia. Pejabat cawangan tahu cara terbaik untuk menggunakan sumbangan itu. Mereka juga membuat keputusan yang selaras dengan bimbingan Badan Pimpinan. Jika anda ingin mengambil bahagian dalam kerja bantuan bencana, isilah borang Local Design/Construction Volunteer Application (DC-50) (Permohonan Pekerja Sukarela Rekaan dan Pembinaan Tempatan).

SILA LIHAT VIDEO BANJIR TERUK DI BRAZIL. KEMUDIAN JAWAB SOALAN BERIKUT:

Apakah hal yang menyentuh hati anda tentang kerja bantuan bencana Saksi-Saksi Yehuwa semasa banjir di Brazil pada tahun 2020?