Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

1-7 April

MAZMUR 23-25

1-7 April

Lagu 4 dan Doa | Kata-Kata Pembuka (1 min.)

HARTA KARUN DALAM FIRMAN TUHAN

1. “Ya Yehuwa, Engkaulah Gembalaku”

(10 min.)

Yehuwa memimpin dan melindungi kita (Mz 23:​1-4; w22.01 3-4 ¶5-6)

Yehuwa memberi kita makanan rohani (Mz 23:5; cl 76 ¶21)

Yehuwa menjaga umat-Nya sepertimana seorang gembala yang pengasih menjaga bebirinya.

TANYALAH DIRI, “Bagaimanakah Yehuwa telah menjaga saya selama ini?”

2. Permata Rohani

(10 min.)

  • Mz 23:3​—Bagaimanakah kita dapat tetap berjalan dalam “haluan yang benar”? (w11 15/12 14 ¶8-9)

  • Berdasarkan pembacaan Bible minggu ini, apakah permata rohani yang ingin anda kongsi?

3. Pembacaan Bible

JADILAH PENGINJIL YANG LEBIH MAHIR

4. Mulakan Perbualan

(3 min.) KESAKSIAN TIDAK FORMAL. Kongsi ayat Bible dengan seseorang yang beritahu anda bahawa dia risau tentang isu alam sekitar. (lmd pelajaran 2 poin 5)

5. Buat Kunjungan

(4 min.) RUMAH KE RUMAH. Tunjukkan cara pembelajaran Bible diadakan kepada seseorang yang telah menerima brosur Nikmati Hidup Selama-Lamanya! (lmd pelajaran 9 poin 3)

6. Jadikan Murid

KEHIDUPAN KRISTIAN KITA

Lagu 54

7. Kita Enggan Mendengar Suara yang Tidak Dikenali

(15 min.) Perbincangan.

Biri-biri mengenal suara gembalanya dan mengikutnya. Namun, jika terdapat suara orang yang tidak dikenali, biri-biri akan lari daripadanya. (Yoh 10:5) Sebagai umat Tuhan, kita juga akan mendengar suara Yehuwa dan Yesus, gembala-gembala kita yang pengasih dan yang dapat dipercayai. (Mz 23:1; Yoh 10:11) Pada masa yang sama, kita tidak akan mendengar suara orang yang tidak dikenali, iaitu mereka yang menyebarkan “kata-kata palsu” untuk melemahkan iman kita.​—2Pt 2:​1, 3.

Buku Kejadian bab tiga mengisahkan kali pertama suara yang tidak dikenali kedengaran di bumi. Dalang di sebalik suara itu ialah Syaitan. Dia menyembunyikan identitinya dan berpura-pura menjadi sahabat Hawa. Kemudian, Syaitan memutarbelitkan kata-kata Yehuwa dan mempersoalkan motif-Nya. Sedihnya, Hawa mendengarkan Syaitan. Akibatnya, Hawa membawa penderitaan kepada dirinya dan keluarganya.

Hari ini, Syaitan cuba membuat kita ragu-ragu terhadap Yehuwa dan organisasi-Nya dengan menyebarkan laporan yang negatif, maklumat yang separuh benar, dan dusta. Janganlah tergoda untuk mendengar suara orang yang tidak dikenali, bahkan untuk seketika pun! Ingatlah, Syaitan hanya menggunakan beberapa patah perkataan untuk memperdaya Hawa. (Kej 3:​1, 4, 5) Jadi, kita harus menghindari suara orang sedemikian dengan serta-merta. Tapi, bagaimana pula jika seseorang yang mengasihi kita dan berniat baik ingin mengongsi maklumat negatif tentang organisasi Yehuwa kepada kita?

Mainkan VIDEO Jangan Dengar Suara “Orang yang Tidak Dikenali.” Kemudian tanya hadirin:

Ibu Jade yang bukan Saksi mahu mengongsi maklumat negatif tentang organisasi Yehuwa. Apakah yang anda pelajari daripada cara Jade menangani situasi itu?

8. Pembelajaran Bible Sidang

Kata-Kata Penutup (3 min.) | Lagu 55 dan Doa