29 April–5 Mei
MAZMUR 34-35
Lagu 10 dan Doa | Kata-Kata Pembuka (1 min.)
1. “Memuji Yehuwa Sepanjang Masa”
(10 min.)
Daud memuji Yehuwa walaupun dia sedang menghadapi cabaran (Mz 34:1; w22.03 21 ¶8)
Daud memuliakan Yehuwa dan bukannya diri sendiri (Mz 34:2-4; w12 15/11 4 ¶6)
Kata-kata pujian yang Daud ucapkan telah menguatkan sahabat-sahabatnya (Mz 34:5; w07 1/3 23 ¶15)
Selepas Daud meninggalkan Abimelekh, 400 orang telah menyertai Daud di padang belantara. Mereka merupakan orang yang tidak puas hati dengan pemerintahan Raja Saul. (1Sa 22:1, 2) Daud mungkin sedang berfikir tentang mereka semasa menggubah mazmur ini.—Mz 34, penerangan.
TANYALAH DIRI, “Bagaimanakah saya dapat memuji Yehuwa semasa berbual dengan seseorang di perjumpaan sidang yang seterusnya?”
2. Permata Rohani
(10 min.)
-
Mz 35:11—Bagaimanakah nubuat di ayat ini menjadi kenyataan pada zaman Yesus? (w11 15/8 14 ¶9)
-
Berdasarkan pembacaan Bible minggu ini, apakah permata rohani yang ingin anda kongsi?
3. Pembacaan Bible
(4 min.) Mz 34:1-22 (th pelajaran 5)
4. Mulakan Perbualan
(2 min.) KESAKSIAN TIDAK FORMAL. Perbualan anda tamat sebelum anda dapat memberi kesaksian. (lmd pelajaran 1 poin 4)
5. Buat Kunjungan
(4 min.) KESAKSIAN TIDAK FORMAL. (lmd pelajaran 2 poin 4)
6. Jelaskan Kepercayaan Anda
(5 min.) Demonstrasi. ijwfq 59—Tema: Bagaimanakah Saksi-Saksi Yehuwa Menentukan Sama Ada Suatu Perayaan Boleh Disambut atau Tidak? (th pelajaran 17)
Lagu 59
7. Tiga Cara untuk Memuji Yehuwa di Perjumpaan
(15 min.) Perbincangan.
Perjumpaan sidang membuka peluang yang baik untuk memuji Yehuwa. Perhatikan tiga cara berikut.
Perbualan: Semasa berbual, cakaplah tentang kebaikan Yehuwa. (Mz 145:1, 7) Adakah anda telah mendengar atau membaca satu isi menarik yang bermanfaat bagi anda? Adakah anda mempunyai pengalaman yang baik dalam kerja penyebaran? Adakah kata-kata atau perbuatan seseorang telah menggalakkan anda? Adakah anda perhatikan sesuatu yang menarik daripada ciptaan Yehuwa? Semua ini merupakan kurniaan daripada Yehuwa. (Yak 1:17) Datanglah ke perjumpaan awal sedikit supaya anda dapat berbual dengan orang lain.
Komen: Cubalah untuk beri sekurang-kurangnya satu komen di setiap perjumpaan. (Mz 26:12) Anda boleh menjawab soalan yang diajukan atau memberikan komen tambahan tentang isi tertentu, ayat Bible, gambar, atau cara menerapkan maklumat yang dibincangkan. Memandangkan terdapat orang lain yang mungkin mengangkat tangan pada masa yang sama, sediakanlah beberapa komen. Jika komen kita kurang daripada 30 saat, lebih ramai orang dapat “mempersembahkan puji-pujian sebagai korban kepada Tuhan.”—Ibr 13:15.
Lagu: Nyanyilah lagu rohani dengan bersemangat! (Mz 147:1) Anda mungkin tidak berpeluang memberi komen di setiap perjumpaan, terutamanya jika sidang anda besar. Tapi anda boleh melaungkan pujian dengan menyanyikan lagu kepada Yehuwa. Walaupun anda rasa anda tidak pandai menyanyi, usaha anda yang sepenuh hati pasti menggembirakan Yehuwa! (2Ko 8:12) Buatlah persiapan dengan berlatih menyanyi di rumah.
Mainkan VIDEO Sejarah Kemajuan Umat Tuhan—Kurniaan Lagu, Bahagian 1. Kemudian tanya hadirin:
Sejak dulu lagi, bagaimanakah organisasi Yehuwa menunjukkan bahawa menyanyikan lagu pujian kepada Yehuwa sangat penting?
8. Pembelajaran Bible Sidang
(30 min.) bt bab 9 ¶1-7, pengenalan kepada bahagian 3, dan kotak pada ms. 78