Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

KEHIDUPAN KRISTIAN KITA

Tunjukkan Kasih dalam Keluarga

Tunjukkan Kasih dalam Keluarga

Kasih ialah ikatan yang mengeratkan sesebuah keluarga. Tanpa kasih, keluarga tidak dapat bersatu dan bekerjasama. Jadi bagaimanakah para suami, isteri, dan ibu bapa dapat menunjukkan kasih dalam keluarga?

Seorang suami yang pengasih akan mempertimbangkan keperluan, pandangan, dan perasaan isterinya. (Ef 5:28, 29) Dia akan memenuhi keperluan fizikal dan rohani keluarganya, termasuk mengadakan penyembahan keluarga secara tetap. (1Ti 5:8) Seorang isteri yang pengasih akan mentaati dan menghormati suaminya “dengan mendalam.” (Ef 5:22, 33; 1Pt 3:1-6) Suami isteri harus mengampuni satu sama lain dengan rela hati. (Ef 4:32) Ibu bapa yang pengasih akan prihatin terhadap setiap anak dan mengajar mereka mengasihi Yehuwa. (Ul 6:6, 7; Ef 6:4) Apakah cabaran yang dihadapi anak-anak di sekolah? Bagaimanakah mereka menangani tekanan rakan sebaya? Apabila seluruh keluarga saling mengasihi, setiap anggota akan berasa tenang dan selamat.

SILA LIHAT VIDEO TERUS MENUNJUKKAN KASIH DALAM KELUARGA. KEMUDIAN JAWAB SOALAN-SOALAN BERIKUT:

  • Bagaimanakah seorang suami yang pengasih memelihara dan menyayangi isterinya?

  • Bagaimanakah seorang isteri yang pengasih menghormati suami dengan mendalam?

  • Bagaimanakah ibu bapa yang pengasih mengajarkan Firman Tuhan kepada anak mereka secara berulang-ulang?