Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

JADILAH PENGINJIL YANG LEBIH MAHIR | TINGKATKAN SUKACITA DALAM AKTIVITI PENYEBARAN

Menggunakan Perumpamaan

Menggunakan Perumpamaan

Semasa melakukan kunjungan kembali atau pembelajaran Bible, kita perlu membantu pendengar kita memahami isi-isi utama. Dengan menggunakan perumpamaan, kita dapat mencapai hati mereka dan membantu mereka ingat apa yang sedang dipelajari.

Semasa anda membuat persiapan untuk kunjungan kembali atau pembelajaran Bible, pilihlah isi-isi utama, dan bukannya butiran kecil, yang ingin anda jelaskan. Kemudian pilih perumpamaan yang mudah difahami dan berdasarkan kehidupan seharian. (Mt 5:14-16; Mr 2:21; Lu 14:7-11) Pertimbangkanlah latar belakang dan keadaan hidup pendengar anda. (Lu 5:2-11; Yoh 4:7-15) Apabila dia memahami isi yang ingin anda jelaskan, dia akan bergembira dan anda juga akan bersukacita.

SILA LIHAT VIDEO RAIHLAH SUKACITA DALAM KERJA MENJADIKAN ORANG MURID YESUS​—TINGKATKAN KEMAHIRAN ANDA—​MENGGUNAKAN PERUMPAMAAN. KEMUDIAN JAWAB SOALAN-SOALAN BERIKUT:

  • Mengapakah pelajar anda mungkin memerlukan bantuan untuk memahami ayat Bible?

  • Bagaimanakah Neeta menggunakan perumpamaan untuk menjelaskan Roma 5:12?

  • Perumpamaan yang baik dapat menyentuh hati

    Apakah kesannya ke atas pendengar kita apabila kita menggunakan perumpamaan yang baik?

  • Semasa melakukan kerja penyebaran, mengapakah kita harus menggunakan video dan alat-alat mengajar lain yang disediakan oleh organisasi Yehuwa?