Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

KEHIDUPAN KRISTIAN KITA

Buatlah Keputusan yang Bijak Berkenaan Minuman Beralkohol

Buatlah Keputusan yang Bijak Berkenaan Minuman Beralkohol

Semua orang Kristian perlu menunjukkan kawalan diri berkenaan minuman beralkohol. (Ams 23:20, 29-35; 1Ko 6:9, 10) Jika seorang Kristian memilih untuk minum alkohol, dia tidak patut minum secara berlebihan. Dia juga tidak patut ketagihan alkohol atau membuat orang lain tersandung. (1Ko 10:23, 24; 1Ti 5:23) Kita tidak patut memaksa sesiapa pun, terutamanya orang muda, untuk minum alkohol.

SILA LIHAT ANIMASI PAPAN PUTIH FIKIR DAHULU SEBELUM MINUM. KEMUDIAN JAWAB SOALAN-SOALAN BERIKUT:

  • Mengapakah orang Kristian harus mematuhi undang-undang tentang alkohol?​—Rm 13:1-4

  • Mengapakah kita tidak patut membiarkan orang lain memaksa kita minum alkohol?​—Rm 6:16

  • Bagaimanakah kita dapat menghindari bahaya yang berkaitan dengan minuman beralkohol?