Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

KEHIDUPAN KRISTIAN KITA

Tetap Bersedia sepanjang Penghujung “Hari-Hari Terakhir”

Tetap Bersedia sepanjang Penghujung “Hari-Hari Terakhir”

Semakin dekat kita kepada penghujung “hari-hari terakhir,” semakin banyak cabaran yang kita hadapi. (2Ti 3:1; nota pembelajaran untuk Mt 24:8, nwtsty) Apabila menghadapi bencana, umat Yehuwa sentiasa menerima arahan yang tepat pada masanya dan yang dapat menyelamatkan mereka. Jika kita ingin selamat nanti, kita perlu buat persediaan rohani dan fizikal sekarang.​Lu 16:10.

  • Persediaan rohani: Tetapkan rutin rohani yang baik. Pelajari pelbagai cara untuk memberikan kesaksian. Jangan panik jika anda terpisah daripada sidang buat sementara waktu. (Yes 30:15) Anda tidak akan terpisah daripada Yehuwa dan Yesus.​—od 176 per. 15-17

  • Persediaan fizikal: Selain beg kecemasan, setiap keluarga harus mempunyai makanan, air, ubat, dan bekalan lain yang mencukupi sekiranya mereka terkurung buat masa yang lama.​—Ams 22:3; g17.5 4, 6

SILA LIHAT VIDEO ADAKAH ANDA BERSEDIA MENGHADAPI BENCANA ALAM? KEMUDIAN JAWAB SOALAN-SOALAN BERIKUT:

  • Bagaimanakah kita dapat bersedia secara rohani sebelum bencana melanda?

  • Mengapakah penting untuk . . .

    • mempunyai komunikasi yang baik dengan para penatua?

    • menyediakan kit kecemasan?

    • mengkaji jenis bencana yang mungkin berlaku dan cara menanganinya?

  • Apakah tiga cara kita dapat membantu orang lain yang dilanda bencana?

TANYALAH DIRI: “Apakah yang saya belajar daripada pandemik COVID-19 tentang membuat persediaan?”