JADILAH PENGINJIL YANG LEBIH MAHIR | TINGKATKAN SUKACITA DALAM AKTIVITI PENYEBARAN
Mengajar dengan Bersemangat
Apabila kita mengajar dengan bersemangat, hal ini menunjukkan bahawa mesej kita sangat penting dan orang lain pun akan tertarik kepada mesej itu. Tidak kira budaya, latar belakang, atau keperibadian kita, kita boleh mengajar dengan bersemangat. (Rm 12:11) Bagaimana?
Pertama, fikirkan secara mendalam sebabnya mesej anda penting. Ingatlah anda sedang mengkhabarkan “berita baik tentang hal-hal yang baik!” (Rm 10:15) Kedua, renungkan bagaimana berita baik membawa manfaat kepada orang lain. Mereka sangat memerlukan berita baik yang anda sampaikan. (Rm 10:13, 14) Akhirnya, bercakaplah dengan semangat yang membara, gunakan gerak tubuh dan raut muka yang ikhlas.
SILA LIHAT VIDEO RAIHLAH SUKACITA DALAM KERJA MENJADIKAN ORANG MURID YESUS—TINGKATKAN KEMAHIRAN ANDA—MENGAJAR DENGAN BERSEMANGAT. KEMUDIAN JAWAB SOALAN-SOALAN BERIKUT:
-
Apakah yang membuat Neeta hilang semangat untuk belajar Bible bersama Jade?
-
Apakah yang menyemarakkan semula semangat Neeta?
-
Mengapakah kita harus berfokus kepada sifat baik pendengar kita?
-
Apakah kesannya kepada pelajar Bible dan orang lain jika kita mengajar dengan bersemangat?