Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

KEHIDUPAN KRISTIAN KITA

Kawal Keinginan Anda

Kawal Keinginan Anda

Sebagai manusia yang tidak sempurna, kita selalu bergelut untuk mengawal keinginan kita. Jika kita tidak mengawal keinginan kita, kita mungkin hilang perkenan Yehuwa. Contohnya, ada yang mencintai makanan, pakaian, dan tempat tinggal lebih daripada mengasihi Tuhan. Ada yang melanggar piawaian Tuhan untuk memuaskan keinginan seks mereka. (Rm 1:26, 27) Ada pula yang menyerah kepada tekanan rakan sebaya kerana mahu diterima oleh orang lain.​—Kel 23:2.

Bagaimanakah kita dapat mengawal keinginan kita? Kita mesti berusaha untuk berfokus kepada hal-hal rohani. (Mt 4:4) Kita juga harus merayu agar Yehuwa membantu kita untuk mengawal keinginan kita. Mengapa? Kerana Dia tahu apa yang terbaik bagi kita dan tahu cara untuk memuaskan keinginan kita yang sihat.​—Mz 145:16.

SILA LIHAT VIDEO JANGAN BIARKAN ROKOK MEROSAKKAN HIDUP KAMU. KEMUDIAN JAWAB SOALAN-SOALAN BERIKUT:

  • Mengapakah sesetengah orang merokok?

  • Apakah kesan merokok kepada anda?

  • Mengapakah merokok atau vaping salah?​—2Ko 7:1

  • Anda boleh menolak keinginan untuk merokok!

    Bagaimanakah anda boleh mengatakan tidak kepada rokok dan bahkan menghentikan tabiat itu?