KEHIDUPAN KRISTIAN KITA
“Kasih . . . Tidak Hilang Harapan terhadap Segala Sesuatu”
Kita dibimbing oleh kasih yang tidak mementingkan diri. Oleh itu, kita berharap bahawa saudara saudari kita akan membuat keputusan yang baik. (1Ko 13:4, 7) Contohnya, jika seorang rakan seiman melakukan dosa dan menerima disiplin, kita berharap bahawa dia akan membuat perubahan dalam hidupnya. Kita juga bersabar dengan mereka yang mempunyai iman yang lemah, dan cuba membantu mereka. (Rm 15:1) Jika seseorang meninggalkan sidang, kita terus berharap bahawa dia akan kembali suatu hari nanti.—Lu 15:17, 18.
SILA LIHAT VIDEO INGATLAH BAHAWA KASIH—TIDAK HILANG HARAPAN TERHADAP SEGALA SESUATU. KEMUDIAN JAWAB SOALAN-SOALAN BERIKUT:
-
Bagaimanakah kesetiaan Abner berubah?
-
Apakah reaksi Daud dan Yoab terhadap permintaan Abner?
-
Mengapakah kita berharap bahawa saudara saudari kita akan membuat keputusan yang baik?