Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

KEHIDUPAN KRISTIAN KITA

Binalah Iman kepada Yehuwa dan Yesus dengan Menggunakan Nikmati Hidup Selama-Lamanya!

Binalah Iman kepada Yehuwa dan Yesus dengan Menggunakan Nikmati Hidup Selama-Lamanya!

Untuk menyenangkan hati Tuhan, pelajar Bible harus membina iman yang teguh. (Ibr 11:6) Kita dapat mencapai hati mereka dengan menggunakan buku Nikmati Hidup Selama-Lamanya! Buku ini ada ciri-ciri istimewa seperti ayat Bible yang penting, cara menaakul yang senang diikuti, soalan-soalan yang efektif, video yang menyentuh hati, dan gambar yang cantik. Dengan membantu pelajar untuk memupuk sifat-sifat Kristian dan persahabatan dengan Tuhan, kita sedang membina dengan bahan tahan api.​—1Ko 3:12-15.

Ada orang berasa susah untuk menjadi sahabat kepada Tuhan yang tidak dapat dilihat. Jadi bantulah mereka membina iman terhadap Yehuwa dan mengenali keperibadian-Nya yang pengasih.

SILA LIHAT VIDEO BINALAH IMAN KEPADA YEHUWA DENGAN MENGGUNAKAN “NIKMATI HIDUP SELAMA-LAMANYA!” KEMUDIAN JAWAB SOALAN-SOALAN BERIKUT:

  • Bagaimanakah kita tahu bahawa saudari itu membuat persiapan yang baik bagi pembelajaran Bible?

  • Bagaimanakah dia menggunakan beberapa soalan tambahan untuk menimba isi hati pelajarnya tentang Yesaya 41:10, 13?

  • Apakah kesan video dan ayat Bible itu terhadap pelajarnya?

Ramai orang tidak memahami korban tebusan, atau mereka tidak memandangnya sebagai kurniaan Tuhan kepada mereka. (Ga 2:20) Oleh itu, bantulah mereka untuk membina iman terhadap korban tebusan Yesus.

SILA LIHAT VIDEO BINALAH IMAN KEPADA YESUS DENGAN MENGGUNAKAN “NIKMATI HIDUP SELAMA-LAMANYA!” KEMUDIAN JAWAB SOALAN-SOALAN BERIKUT:

  • Bagaimanakah kita tahu bahawa saudara itu membuat persiapan yang baik bagi pembelajaran Bible?

  • Bagaimanakah dia menggunakan bahan di bahagian “Jom Belajar” untuk membantu pelajarnya?

  • Mengapakah doa penting bagi pelajar Bible?