KEHIDUPAN KRISTIAN KITA
“Kasih . . . Tidak Menjadi Angkuh”
Kasih membantu kita untuk menunjukkan kerendahan hati. (1Ko 13:4) Apabila kita mengasihi saudara saudari, kita tidak akan mengangap diri lebih baik daripada mereka. Kita akan bertumpu kepada sifat-sifat baik orang lain dan menggunakan kebolehan kita untuk membantu mereka. (Flp 2:3, 4) Semakin banyak kita menunjukkan kasih, semakin banyak Yehuwa dapat menggunakan kita untuk melaksanakan kehendak-Nya.
SILA LIHAT VIDEO INGATLAH BAHAWA KASIH—TIDAK MENJADI ANGKUH. KEMUDIAN JAWAB SOALAN-SOALAN BERIKUT:
-
Apakah bakat yang dimiliki Absalom?
-
Bagaimanakah dia menyalahgunakan bakatnya?
-
Bagaimanakah kita boleh mengelak daripada menjadi angkuh?—Ga 5:26