Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

KEHIDUPAN KRISTIAN KITA

Gunakan Peristiwa Semasa dalam Kerja Penyebaran Anda

Gunakan Peristiwa Semasa dalam Kerja Penyebaran Anda

Semasa Yesus mengajar, dia menggunakan peristiwa semasa untuk menyampaikan ajaran Bible. (Lu 13:1-5) Anda juga dapat menggunakan peristiwa semasa untuk membangkitkan minat orang terhadap mesej Kerajaan Tuhan. Selepas menyebut tentang kos hidup yang tinggi, bencana alam, pergolakan sosial, masalah dadah, dan sebagainya, tanya soalan untuk merangsang fikiran penghuni rumah. Anda boleh menggunakan soalan-soalan seperti “Pada pandangan anda, adakah . . .  akan berakhir?” atau “Pada pendapat anda, apakah penyelesaian kepada . . . ?” Kemudian kongsi satu ayat Bible yang berkaitan. Jika penghuni rumah berminat, tunjukkan video atau bahan bacaan daripada Bahan Utama untuk Mengajar. Apabila kita berusaha untuk menyentuh hati orang di kawasan penyebaran, kita sedang ‘melakukan apa-apa sahaja untuk mengkhabarkan berita baik kepada orang lain.’​—1Ko 9:22, 23.

Apakah topik-topik yang dapat menarik minat orang di kawasan anda?