KEHIDUPAN KRISTIAN KITA
Adakah Anda Memanfaatkan Rakaman Audio Bible?
Apakah ciri-ciri rakaman audio Bible? Rakaman Bible ini dibuat berdasarkan edisi Terjemahan Dunia Baharu yang dikemaskinikan. Rakaman ini dikeluarkan secara beransur-ansur dalam sebanyak bahasa yang mungkin. Salah satu ciri yang menarik ialah suara yang berbeza digunakan bagi setiap watak Bible. Pembacaannya dibuat dengan perasaan dan penekanan yang sesuai supaya mesej Bible disampaikan dengan tepat.
Apakah manfaat rakaman audio Bible? Banyak orang suka mendengar rakaman Bible kerana pembacaannya menghidupkan kisah Bible. Oleh sebab setiap watak Bible mempunyai suara yang berbeza, mereka dapat membayangkan, menghayati, dan memahami peristiwa Bible dengan lebih baik. (Ams 4:5) Mendengar rakaman Bible juga menenangkan hati mereka apabila mereka dilanda kekhuatiran.—Mz 94:19.
Apabila kita mendengar Firman Tuhan dibacakan, hal itu dapat membawa kesan yang mendalam kepada diri kita. (2Ta 34:19-21) Jika sebahagian atau seluruh rakaman Bible tersedia dalam bahasa yang anda faham, dapatkah anda luangkan masa untuk mendengarnya secara tetap?
SILA LIHAT VIDEO MENGHASILKAN RAKAMAN AUDIO UNTUK BIBLE—SEDUTAN. KEMUDIAN JAWAB SOALAN BERIKUT:
Apakah yang menyentuh hati anda tentang penghasilan rakaman audio Bible?