Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

KEHIDUPAN KRISTIAN KITA

Adakah Anda Bersedia Menghadapi Masalah Ekonomi?

Adakah Anda Bersedia Menghadapi Masalah Ekonomi?

Kita tidak berasa hairan apabila melihat peristiwa dunia menyebabkan banyak negara dilanda masalah ekonomi. Mengapa? Hal ini kerana kita sedang hidup pada penghujung hari-hari terakhir. Bukan itu saja, Bible telah memberi kita amaran supaya tidak berharap kepada “kekayaan yang tidak tetap.” (1Ti 6:17; 2Ti 3:1) Daripada kisah Raja Yehosafat, apakah yang dapat bantu kita bersedia untuk menghadapi masalah ekonomi?

Semasa diancam oleh musuh, Yehosafat beriman kepada Yehuwa. (2Ta 20:9-12) Selain itu, dia mengambil langkah-langkah praktikal untuk melindungi rakyat. Yehosafat mengukuhkan semua kota berkubu dan mendirikan pangkalan tentera. (2Ta 17:1, 2, 12, 13) Seperti Yehosafat, kita juga harus beriman kepada Yehuwa dan bersiap sedia untuk menghadapi masalah ekonomi.

SILA LIHAT VIDEO ADAKAH ANDA BERSEDIA MENGHADAPI BENCANA? KEMUDIAN JAWAB SOALAN-SOALAN BERIKUT:

  • Bagaimanakah kita dapat bersiap sedia untuk menghadapi bencana?

  • Bagaimanakah kita dapat membuat persediaan untuk membantu orang lain?