Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

20-26 Mei

MAZMUR 40-41

20-26 Mei

Lagu 102 dan Doa | Kata-Kata Pembuka (1 min.)

HARTA KARUN DALAM FIRMAN TUHAN

1. Mengapa Penting untuk Bantu Orang Lain

(10 min.)

Membantu orang lain mendatangkan kebahagiaan (Mz 41:1; w18.08 22 ¶16-18)

Yehuwa menolong orang yang suka membantu orang lain (Mz 41:​2-4; w15 15/12 24 ¶7)

Kita memuliakan Yehuwa apabila kita membantu orang lain (Mz 41:13; Ams 14:31; w17.09 12 ¶17)

TANYALAH DIRI, “Adakah sesiapa dalam sidang saya yang memerlukan bantuan untuk menggunakan aplikasi JW Library?”

2. Permata Rohani

(10 min.)

  • Mz 40:​5-10​—Menurut ayat-ayat ini, apakah yang harus kita lakukan jika kita menerima Yehuwa sebagai Pemerintah Yang Berdaulat? (it-2 1210)

  • Berdasarkan pembacaan Bible minggu ini, apakah permata rohani yang ingin anda kongsi?

3. Pembacaan Bible

JADILAH PENGINJIL YANG LEBIH MAHIR

4. Mulakan Perbualan

(3 min.) KESAKSIAN TIDAK FORMAL. Mulakan perbualan dengan seseorang yang nampak gembira. (lmd pelajaran 2 poin 3)

5. Mulakan Perbualan

(4 min.) KESAKSIAN TIDAK FORMAL. Mulakan perbualan dengan seseorang yang nampak sedih. (lmd pelajaran 3 poin 5)

6. Jadikan Murid

(5 min.) lff pelajaran 14 poin 6. Pelajar Bible anda teragak-agak untuk memberikan komen semasa perjumpaan. Bincangkan satu poin daripada rencana “Pujilah Yehuwa dalam Sidang” di bahagian “Jom Belajar.” (th pelajaran 19)

KEHIDUPAN KRISTIAN KITA

Lagu 138

7. Berbuat Baik kepada Mereka yang Lanjut Usia

(15 min.) Perbincangan.

Seperti Yehuwa, kita sangat menghargai semua kerja yang telah dilakukan oleh saudara saudari yang lanjut usia. (Ibr 6:10) Selama bertahun-tahun, mereka telah berusaha mengajar, melatih, dan menggalakkan rakan seiman yang lain. Barangkali anda pun ingat tentang cara mereka pernah membantu anda. Bagaimanakah anda dapat tunjukkan penghargaan atas semua yang mereka lakukan bagi sidang?

Mainkan VIDEO ‘Berbuat Baik kepada Saudara Saudari Kita.’ Kemudian tanya hadirin:

  • Apakah yang Ji-Hoon belajar daripada Saudara Ho-Jin?

  • Apakah yang anda hargai tentang saudara saudari yang lanjut usia di sidang anda?

  • Apakah pengajaran yang kita peroleh daripada perumpamaan lelaki Samaria yang baik hati?

  • Pada pendapat anda, apakah manfaatnya apabila Ji-Hoon menjemput orang lain untuk bersama-sama membantu Saudara Ho-Jin?

Apabila kita fikir tentang keperluan warga emas dalam sidang, kita dapat cari banyak peluang untuk bantu mereka. Fikirkan bagaimana anda dapat hulurkan bantuan kepada mereka.​—Yak 2:​15, 16.

Baca Galatia 6:10. Kemudian tanya hadirin:

  • Bagaimanakah anda dapat “berbuat baik” kepada warga emas di sidang anda?

8. Pembelajaran Bible Sidang

Kata-Kata Penutup (3 min.) | Lagu 8 dan Doa