Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

27 Mei–2 Jun

MAZMUR 42-44

27 Mei–2 Jun

Lagu 86 dan Doa | Kata-Kata Pembuka (1 min.)

HARTA KARUN DALAM FIRMAN TUHAN

1. Manfaatkan Pendidikan Rohani daripada Tuhan

(10 min.)

Berusahalah untuk beribadat bersama saudara saudari lain secara bersemuka jika dapat (Mz 42:​4, 5; w06 1/6 9 ¶4)

Berdoalah sebelum mengkaji Bible (Mz 42:8; w12 15/1 15 ¶2)

Biarkan kebenaran Bible membimbing segala aspek kehidupan anda (Mz 43:3)

Pendidikan rohani menguatkan kita agar dapat menghadapi cabaran dan menunaikan ikrar pembaktian kita.​—1Pt 5:10; w16.09 5 ¶11-12.

2. Permata Rohani

(10 min.)

  • Mz 44:19​—Apakah yang mungkin dimaksudkan dengan ungkapan “tempat serigala berkumpul”? (it-1 151)

  • Berdasarkan pembacaan Bible minggu ini, apakah permata rohani yang ingin anda kongsi?

3. Pembacaan Bible

JADILAH PENGINJIL YANG LEBIH MAHIR

4. Mulakan Perbualan

(4 min.) RUMAH KE RUMAH. Tawarkan pembelajaran Bible. (lmd pelajaran 5 poin 5)

5. Buat Kunjungan

(5 min.) RUMAH KE RUMAH. Jemput dia untuk mendengar ceramah umum yang seterusnya. Perkenalkan dan bincangkan video Apakah yang Berlaku di Dewan Perjumpaan? (lmd pelajaran 7 poin 5)

6. Ceramah

(3 min.) lmd lampiran A poin 4​—Tema: Semua Orang Akan Memiliki Kesihatan yang Sempurna. (th pelajaran 2)

KEHIDUPAN KRISTIAN KITA

Lagu 21

7. Buat Keputusan yang Bijak tentang Kerja dan Pendidikan

(15 min.) Perbincangan.

Kaum muda, adakah anda sudah rancang apa yang anda akan lakukan selepas tamat sekolah? Barangkali anda sudah fikir pekerjaan yang akan bantu anda merintis atau kursus yang dapat beri anda kemahiran, lesen, atau sijil diploma yang berkaitan dengan kerja itu. Anda pasti tidak sabar untuk memulakan lembaran hidup baharu. Tapi pada masa yang sama, anda mungkin rasa runsing kerana terdapat banyak pilihan. Anda juga mungkin rasa tertekan kerana ingin buat pilihan yang dapat menyenangkan hati orang lain. Apakah yang dapat bantu anda buat keputusan yang bijak?

Baca Matius 6:​32, 33. Kemudian tanya hadirin:

  • Mengapakah baik untuk ada matlamat rohani yang jelas sebelum membuat keputusan tentang kerja atau pendidikan?

  • Bagaimanakah ibu bapa dapat bantu anak-anak mereka untuk menerapkan Matius 6:​32, 33?​—Mz 78:​4-7

Janganlah biarkan keinginan untuk menjadi terkenal atau mempunyai kewangan yang lebih stabil mempengaruhi keputusan anda. (1Yo 2:​15, 17) Ingatlah bahawa memiliki banyak harta benda pun boleh menghalang seseorang daripada mengutamakan hal-hal rohani. (Lu 18:​24-27) Sememangnya, haluan untuk mengejar kekayaan dan matlamat rohani adalah tidak seiring. Jika seseorang berusaha untuk mengejar kekayaan, adalah sangat susah baginya untuk buat kemajuan rohani dan menyenangkan hati Yehuwa.​—Mt 6:24; Mr 8:36.

Mainkan VIDEO Jangan Menaruh Kepercayaan terhadap Perkara yang Tidak Berkekalan!​—Kekayaan. Kemudian tanya hadirin:

  •   Bagaimanakah Amsal 23:​4, 5 dapat bantu anda untuk membuat keputusan yang bijak?

8. Pembelajaran Bible Sidang

(30 min.) bt bab 10 ¶5-12

Kata-Kata Penutup (3 min.) | Lagu 47 dan Doa